Thursday, January 20, 2011

~ Aksi Hari Sabtu , Muncul Hari Rabu . Apa CiteR ~

Haa!
Tajuk menarik ditambahkan plak mengarut gler babeng. Hehe~
Bukan pe, sabtu lepas kami sekeluarga pergi Seremban, Negeri Sembilan
Sebab MakAchik buat kenduri doa selamat kat rumah baru die.
Rumah MakAchik baru siap bina lepas tragedi terbakar beberapa bulan yang lalu.
Sebab?
Kes sebelah rumah yang puncanyer.
So, tersambar skali rumah kiri dan kanan.
Nasib baik rumah MakAchik ni kire hujung skali.
Kalau tak abislah rumah sebelah sebelah skali kene sambar kot.
So, bile dah siap dibina beberapa bulan,
MakAchik & PakAchik menjemput semua sedara mara
& penduduk taman & surau & masjid untuk hadirkan diri sesama.
Kenduri doa selamat tu bermula lepas solat Maghrib.
Dalam jam 2000 camtu lah.

Kami sekeluarga bertolak dari rumah pun agak lewat senornyer. Hehe~
Tak silap jam 1825 baru gerak dari rumah.
Then, we took North-South Express Highway lah kan.
Mase on the way tu, kire kire dah separuh jalan, hujan plak.
Kejap renyai kejap lebat kejap renyai smule.
Macam tu lah main mainnyer. Hee~

Yang lagi lagi menariknyer!
Kat highway Nilai, arah bertentang nak ke Utara, ade plak keter terbakar.
Perghh! Memang tragedi arr aritu.
Terbakar bukan terbakar skit skit, ni memang abis terbakar tinggal rangka.

Nak tau keter pe?
Haaa~ Selepas wat kawat cam, aku prasan keter yang terbakar tu adalah Proton Saga BLM.

Baru kot! Dah BLM nyer keluaran.
Kalau saga dulu dulu yang lame tu kire Ok! Munasabahlah lagi.
Maybe ade masalah kat mane mane.
Ini keter baru. Ish ish...
Kesian pemilik keter tu.
Dan disebabkan itu jugaklah, jalan memang jammed yeh!
Dan nasib baik jugaklah tidak berlaku kebakaran kat jalan kami.
Kalau tak memang sangkut gler gler arr macam kat jalan sebelah yang aku prasan dekat 2-3km gak arr panjang die. Huhu~
Bile dah lepas dari kawasan kemalangan tu, jalan terus lancar.
Macam takde pape dah.

Kami sampaipun time tu sedara mara nga sembahyang Maghrib berjemaah kat hall.
Kami pun cepat cepat masuk takut nanti terlambat plak.
Bile dah settle sume, PakAchik panggil orang orang yang duk kat bawah khemah naik untuk mulakan majlis bacaan yasin.

Bile dah abis baca, pa lagi!
Sesi yang paling aku suke arr!
Sesi makannnnn.. Yeehaa~
Lauk banyak jenis gak.
Ayam masak pe ntah, ade gak ayam goreng, daging itik masak pe ntah, gulai perut, sayur sayur lagi, ulam ulaman.
Macam macam lah. Yang pasti malam tu aku memang melantak sungguh sungguh.
Nasi 2 pinggan, ayam goreng 3 ketol, ayam masak pe ntah 3 ketol gak (tapi, kecik kecik), gulai perut 1 1/2 senduk, daging itik masak pe ntah 2-3 ketol. Sayur lagi, ulam lagi.
Perghhh!!!!!! Memang malam tu masakan sedap nak mampus! Hahaha~
Kenyang glerrr...

Yang datang malam tu memang ramai, bapak kate adelah dalam 400 orang yang hadir.
Bayangkan? Memang ramaikan? Hee~
Rumah aku kalau wat pun dalam 200 orang je.
Bile dah abis makan,
Memang kami kazen kazen duk menyembang arr kan.
Memang gelak gelak sakan arr.
Macam macam duk cerite,
Duk menyakat sorang sorang.
Hahaha..
Best!!!
Sebab?
Macam ni jerlah kami sedara mara
Especially kazen kazen dapat bertemu secara beramai ramai.
Bile dah jumpe, memang kecoh arr.

Around 2230 kamipun gerak arr pulang ke rumah Selangor semula.
Penat! Tapi, best!
Kenyang? Tak yah cter arr ye.
Nengok aku makan dah arr. Hee~

Ni lah jam nyer tu kat Nilai.
Ish ish ish...

See...
Tu arr keter yang tinggal rangka jer.
Kesian kat owner.
Taktau arr laki ke perempuan yang bawak

Yang tukang tuang air tu kazen aku
Anak MakAchik ni

Hahh! Ni lah budak yang kene buli ngan aku
Hahaha... Die ni gak arr kazen aku paling kecik. Form 4.
Asyiklah kene suruh ngan aku amik air, amik ayam goreng.
Heaven heaven!!! Die menurut perintah je malam tu. Musykil!
Tu kene kerah sungguh sungguh. Jarang dapat peluang ni. Hahaha~

Ewaahhh~
Sempat lagi posing nak nampak buat kejer ye?
Takpa! Serve ko malam tu best!
Takde rungutan dari aku. Heee~

Ni just 1/10 kazen yang ade.
Sebab ramai dah balik time tu & ade jugak yang tak dapat datang sebab duduk jauh.

 Ni anak buah aku.
Name die Ain.
Dulu die lah pujaan orang ramai sebab comel gler glerrr.
Skrang makin besar dah berubah skit wajah die.

Last pic!
Aku & Tuan Qilaf (best kazen ever!)

~ Jaa ~

Tuesday, January 18, 2011

~ Perasaan AkU ~

Lame tak sentuh pasal perasaan kat blog ni,
Bukan senang aku nak bicara mengenainya.
Hehee~
Perasaan banyak boleh dibentangkan.
Cinta, Benci, Marah, Suka, Sedih, dan lain lain perasaan.
Pe yang aku nak sentuh kat sini adalah perasaan aku ketika aku driving.
Masih lagi menyentuh tentang PERASAAN bukan?
Bagus!

Maaf! Ini adalah aku.
Dan bende ini memang semula jadi lahir dalam tubuh aku.
Bukan mainan mahupun mencuba.
Wahh~ Bahasa puitis jingga oren. Haha~

Ok ok ok ok ok.....
Perasaan yang aku nak sentuh kat sini adelah perasaan ketika aku memandu.
Tak kesahlah kat taman aku ke,
Kat Lebuh Raya Utama ke,
Kat lorong lorong pakcik Taib ke,
Kat kebun bunga ke!
(ok. ni tifu. kebun bunga celah mane nak memandu. joging leh arr)

Time aku nga drive aku ade perasaan yang pelik.
Mungkin ade dekat orang lain ataupun kat aku sorang jer.
Huhh??
Haa~ Ni ceritenyer.
Antaranyerlah ye,
Aku jenis pendiam mase nga drive.
Ko cakaplah pe pun, aku memang senyap memanjang sehingga sampai ke tempat yang dituju.
Kalau aku cakappun maybe jawab sepatah due jer dari korang tanya.
So, better jangan bersembang dengan aku mase aku nga drive ye. Hehe~
Sebab aku memang susah nak layan.
Aku jenis focus mase drive.

Second, haa~
Ni yang aku cukup pantang ni.
Tang nak masuk junction, nak potong keter, masuk lorong, masuk parking
Pemandu pemandu yang lain jenis tak reti nak bagi signal.
Perghhh!!! Menyirap duhh!!!
Ni memang cukup pantang bagi aku.
Susah susah pengusaha keter wat signal, diorang tak reti nak gune.
Pe gune?
Baik tak payah susah susah bubuh.
Silap silap harge keterpun boleh murah kalau signal tak bubuh tau...
Wuhh~
Sabar jerlah...

Thirdly, aku tak suke aku kene cucuk cucuk mase jalan nga jam gler gler babeng ni.
Especially, kat Key Ill Selangor ni.
Jalan memang tak penah lengang.
Ade je keter penuh kat jalan.
So, bile keter blakang duk cucuk cucuk tak tentu arah,
Bende ni lah wat aku rase kurang senang.
& perangai cucuk cucuk keter kat depan aku jugaklah aku praktikkan.
Adehh... Maafkan saya...

Fourthly, Haa! Ni pun kepantangan gak ni.
Kalau laluan or lorong keter tu untuk keter yang laju laju,
Tolonglah keter yang lembab lembab sekalian ke tepi.
Aku ni bukanlah bawak keter yang besar besarpun.
Kecik jugak.
CC pun just 1.3...
Tapi, takdelah bawak keter se-perlahan-an macam korang.
Aduhh~
Tolonglah bagi laluan ye!
Keter yang laju tu ade urusan yang penting nak diuruskan.
Kalau kene tahan kerenah korang yang bawak perlahan tu, alamatnyer,
Habis terlepas or binasa orang yang ade urusan yang penting ni.
Tolonglah Paham Ye!
Terima Kasih.

& Lastly,
Aku tak suke gune hon untuk hon keter orang.
Haahahaa~
Tadi mengata gune signalkan?
Haa. Kali ni aku plak kene! Hee~
Bukan pe, aku lebih suke gune lampu tinggi dari gune hon keter untuk menyatakan sesuatu kat pemandu tu.
Sebab aku jugak tak suke di hon.
Sebabnyer lagi adelah bile kite gune hon, kite sebenarnye membuat pemandu tersebut cepat berasa gabra or cepat marah.
Bile gabra, aku kuatiri boleh menyebabkan kemalangan walaupun tak penah lagi berlaku.
& tang cepat marah tu aku khuatiri akan menyebabkan pemandu tu naik berang dah menahan keter aku dan berlaku sedikit pergaduhan mulut mahupun perang tangan.
So, bende ni memang dah jadi mind set aku.
So, memang aku tak suke gune hon.
Aku hanya gune hon bile mase aku rase ok! Itu perlu!
& mase nak balik dari rumah sedara mara or kawan kawan or sesapelah.
Kan dah jadi lumrah dalam masyarakat kite bile mase kite balik dari rumah sape sape or berpisah di tengah jalan kite akan hon sebagai tanda "selamat jalan semua".
Huu~

Tu je aku nak bagitau.
Itu just antaranyerlah ye.
Tak kesemuanya aku revealkanpun.

Dan kat sini walaupun korang nampak aku ni ade perangai buruk ni.
Tapi, aku AGAK mengikut panduan.
Kecuali tang km/j tu je.
Aku memang jenis bawak lebih skit dari papan tanda kelajuan.
Hehee~

& seperkara lagi,
Sume bende tu aku taklah praktikkan 100%.
Ade mase aku ni jenis tenang bile drive.
Cool se-cool-nyer.
But mostly, bile ade perkara perkara yang berlaku di atas tu kene kat aku.
Aku memang cepat melenting skit.
Darah cepat berde-zusssshh naik ke kepala.
Huhuhu~
So, akan berlakulah pemanduan seperti fast & furious.

~ Jaa ~

Thursday, January 13, 2011

~ KRR = RED ~

Benarkah bahawasanya KRR itu serupa dengan RED?
Ini menjadi persoalan yang sedikit sukar untuk dirungkaikan.
Bukan kerana perbezaan ejaan mahupun perbezaan penulisan.
Tetapi persamaan yang ingin diterangkan?

Sukar?

Memang sukar untuk diterjemahkan.
Kamu mahupun kamu.
Kerana aku sudah mempunyai jawapannya.
Dan ianya memang benar.
Walaupun perbezaan Ejaan mahupun Penulisannya.
Akan tetapi ianya mempunyai maksud yang sama.
Ahaha~

Nampak mengarut jerkan aku tulis?
Okie okie~
Skrang aku bagitau pe bende yang aku mengarut giler giler nih.
Semalam (January 12th 2011), Kenny Roger's Roasters *KRR* mengadakan satu promosi yang dinamakan RED.
Pe bende tu?
Haaa~
RED ialah Roaster Eating Day. Hehe~
Bende ni actually aku tak tau pun pasai bendealah ni.
Bende ni my big bro yang roger roger kakak.
Die roger, die belanja.
Wahh! Heaven!

Promosi yang diorang tawarkan adelah beli satu set, percume satu set yang sama.
See? Jimat sorang makan.
Tapi! Ada syaratnyer.
Bukan leh bagi makan free free jer.
Haa~

Syarat die sangat senang!
Korang pakailah pape kat badan korang tu kaler merah.
Tak kesahlah baju merah ke, Seluar merah ke, Seluar kecik kaler merah ke..
Make up Macam Geisha kaler merah merah kat pipi tu yang macam opera cine tu pun talak hal arr.
Kalau nak paling senang pakai je any accessories yang ade kaler kaler merah.
Hidung badut kaler merah tu pun takde hal arr. Accessory gak tu. Huhu~
Kalau pakai, korang sume lepas untuk promosi ni. Hehe~

Kitorang pergi dalam jam 1530 kot. Malas nak pergi untuk dinner
Sebab nanti ramai giler & mesti full KRR tu.
So, kami decide untuk lunch kat sane.
Aku dan juga kakak.
Parents kami?
Tak dapat nak join sebab tak sehat.

Kami pergi dekat KRR Jusco Equint Park.
Dekat jer dari rumah.
5 minit sampai sudah siap parking & masuk dalam KRR... Haha~
So, bile dah sampai tu order arr pe sume.
Yang best, mase sampai tu ramai gler pakai kaler merah ye!
Dah tau dah sape sape pakai baju kaler merah tu memang KRR arr diorang pergi makan.
Hahaha~

So, kamipun tunggu arr makanan sampai.
Firstly chocolate muffin sampai.
Sedap gler muffin die.
Memang betoi pe orang kate, "kalau nak makan muffin, KRR is the best!".
Dengan lembut gler, sdap gler, rangup gler kat bahagian atas.
Perghh! Tangkap leleh babe!
Aku sebab dah lame gler tak makan KRR so macam teruje arr gak kan. Hehe~

Pastu tunggu jap lagi, air sudah mari.
Aku mintak Tropical ape ntah.
Kakak Triple Passion.
Air yang aku order sedap!
Sebab manis manis buah. Kakaknyer sedap gak tapi a bit masam & bergas.

Pastu dalam 3-4 min, our meal dah sampai.
Kamipun bergambar arr jap.
Orang sebelah meja mcam pelik pelik jer nengok kami bergambar.
Pelik ke amik pic makanan & muke kite? Hahaha~
Kami bloggers! Bloggers yang tak terkenal...
Memang kami suke bergambar tak kire pe pun... Hee~

Bile dah abis makan pe sume, kamipun nak chow arr.
Nengok nengok orang sebelah yang nengok kami pelik tu plak yang sebok bergambar. Hahahaha~
Tak leh blah eyh!
Kami wat tak tau arr. Lantak pi kat korang arr.

Bayar pe sume, gi pejabat pos jap kat tingkat atas sebab nak post surat bapak then kami pun pulang arr.
Kenyang perut aku makan!
Bukan pinggan aku jer ye!
Dengan tak padan aku yang nga sakit ni sedap bantai kakak aku nyer meal.
Sebab die tak dapat abiskan, so, aku makan arr.

See! Im wearing RED T-Shirt
Support them yawww! Yeehaa!

Ermmm???

The Gorgeous Muffins!

See behind me, its all about RED t-shirt

The marvelous meals!

~ Jaa ~

Tuesday, January 11, 2011

~ Perangi SebolehnyA ~

Bagi sesiapa yang berjaya lepas untuk ke
Blog Ini
Tahniah! Hehe~
Bagi yang tak berjaya lepas nak nengok blog tu takpa.
Bukan pe, aku saje nak cerite yang same dengan entry blog tersebut.

Waktu ni, kami sekeluarga di Segamat.
Bapak aku dikerjakan kat sane sebelom pencen.
Aku time tu kalau tak silap form 2 kot.
Kalau tak form 3 arr kan.

Mase bapak aku masih kejer dulu,
Aku serius memang suke ikut bapak aku gi office skali.
Memang abis sume orang pejabat kenai aku.
Muke penyebok dah datang pejabat.. Haha~
Baik kat Segamat mahupun mase bapak kejer kat Perak dulu.
Memang muke aku suke menempek wat hal sendiri.

Aku suke pergi bukan pe, duduk kat rumahpun aku bukan wat pape.
Melangut jer nengok tv
Last last tito.
Ughh~

Baik aku follow bapak aku gi pejabat, leh main main komputer
*time tu bapak aku tak belikan kami komputer lagi sebab kami ni tak reti gune
Boleh main yang taip taip surat setiausaha bapak punyer.
Tu jerlah.
Main photostat.
Sronok! Photostat IC, tapak tangan, duit duit lame.
Yang Seratus, lima ratus ngan seribu ringgit tuh.
Haa~
Pastu, gune duit photostat tu wat jual beli. Bahaha~
*tipu tuh

Ni lah bende tu. Aku tak tau arr pe name bendealah ni
*sumber akak google hidung kembang

Ni satu lagi bagi nak memastikan bende tu adelah same. Hehe~
*sumber akak google gak

Bende alah ni aku gune bile sume orang pejabat dah balik rumah.
Means bile dah abis tempoh kejer.
Time tu baru aku kejer melewak je dalam pejabat.
Jalan jalan dalam pejabat,
Masuk meeting room.
Main bende keyboard tu. haha~
Best!

Ade lah satu hari tu
Hari memang tak tau arr kan.
Aku ikut bapak ke pejabat.
Mase tu aku baca buku kot kat sofa pejabat bapak.
Time tu customer ade je datang nak jumpa bapak.
Adelah sorang mamat ni.
Bangsa pe aku dah tak ingat.
Die datang nak bincang pasai tender kot.
Nak mintak kelulusan bapak aku.
Then, aku duk kat sofa tu betoi betoi bertentang dengan sisi kanan mamat ni.
Ada faham kah?
Hehe~
So, tengah cakap cakap tipu si mamat tu, die pun adelah menghulurkan sesuatu dalam envelop
Dalam tu aku dah tau dah kompom kompom duit punyer.
Brapa riban tu tak tau arr kan.
Elok jer mamat tu hulur secara senyap kat atas meja,
Bapak aku cakap kat mamat tu
"U nak i call BPR ke datang jemput u kat sini?"
*dengan nada rileks ngan tangan dah kat telefon nak angkat call
Aku ingat ingat ayat macam tu arr.
Dah lah ade poster sebesar besar alam duk tampal kat blakang bapak aku tulis
"Perangi Rasuah
Hapuskan Rasuah."
Hahaha~
Bengong punyer orang.

Pastu, orang tu pun menggelabah gak arr.
Dah rencana die tak kene. Hahaha~
Lepas tu muke die agak bengang cuak cakap terima kasih Tuan, terus blah. Haha~
Kelakar gler time tu.

Pastu aku cakap kat bapak nape tak amik?
Bapak aku nada tegas,
"huish! tu rasuah. Masuk neraka kalau amik"
Aku "ohh.." Ahaha~
Aku kan budak budak hingusan lagi time tu.

Pastu, bile dah abis kejer,
& abis aku wat bende tak pekdah sume (photostat, keyboard tu, ronda ronda dalam pejabat)
Kami pun pergi arr surau berdekatan dengan pejabat nak solat Asar baru balik rumah.

Bile sampai rumah kecoh arr duk sebok cter kat mama & kakak. Hee~
Pastu tamat...

-so, hati hatilah bile dah kejer. bende yang kite rase itu halal lah bende yang sebenarnyer haram.
-janganlah amik pape dari sape sape tanpa kite tahu asal usul sebenar tujuan die.
-cukuplah dengan ape yang kite dapat. nak kaya cepat buat business sendiri. kalau makan gaji, memang ko tak kan kaya raya arr. hehe~


~ Jaa ~

~ Kenangan January 10tH 2005 ~

As u all can see my previous entry, i wrote about my daddy's birthday.
Now i would like to share a bit bout my kenangan lampau.
Kalau nak tau, January 10th 2011 sama dengan January 10th 2005.
Same kat sini adelah dari segi harinyer iaitu hari Isnin.
Kalau tak percaya bukak kalender kuda lama korang tu,
Kalau dah takde, gune advance technology maa.
Handphone boleh, internet pun boleh apa.. Adehh~

So, pada January 10th 2005
Aku first time jejak kaki kat Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serdang.
*u all can search kat google ye kat mane skolah tu
Pada mase ni actually aku baru di-transfer ke Selangor sebab bapak aku dah pencen.
So, first time kat sane rase macam urgh~
Takutnyer...
Takut kene buli
Aku kan budak baik.
Erkk!? Hehe~
Perasaan tu membuak buak gak arr.
Time tu aku baru form 4.
Berpindah dari SMK Tinggi Segamat, Segamat, Johor.
*sekolah yang penuh dengan bebudak gengster. Tak sesuai dengan aku. hurmm..

So, pagi tu, macam biasa arr.
Bersiap pe sume.
Aku datang dengan bapak aku.
Pergilah ke skolah yang akan aku diduduki nih.
Wuhh~
Tak sabarpun ade.

Bile sampai, kami pergi arr ke pejabat skolah tu nak jumpa guru guru besar sebab nak daftar masuk.
Dah hari aku pergi tu hari Isnin, mestilah Pengetua & semua guru guru kat dewan
Nak bagi taklimat selamat datang ke skolah tu untuk bebudak baru
&
Selamat membuat hal untuk senior senior sane. Hehe~
So, kami pun tunggu arr.
Lame gak arr.
Bile penolong pengetua dah ade kat bilik die
Kamipun pergi arr jumpe die.
Sembang sembang bohong skit
Pastu, die bagi kami peta skolah tu.
Wahh! Bajet besar arr aku rase.
Dalam peta nampak gah!
Padahal kecik jerpun.
Brape ekar jer skolah tu.
Hahaha~
Besar lagi high school segamat sebab tak silap antara skolah terbesar kat daerah segamat tuh.
means keluasan skolah tu.

Pastu, cikgu tu pun dah terima surat tukar skolah aku
& die pun letak arr aku kat kelas 4ST1
*ST stand for sains tulen

Pastu kamipun pergi arr ke kelas yang aku suppose masuk tu.
Kelas die MasyaALLAH!
Bebudak skolah sane panggil kelas tu kelas koboi.
Sebab pe? Haa!
Sebab kelas die diperbuat dari playwood kot!
Bayangkan!
Bangunan diperbuat oleh playwood, andai angin kuat ribut, perghh!
Mengucap kami awal awal.. Hehe~
But then, bile dah sampai ke kelas tu.
Nengok tanda. Ehh! 4ST2.
Hurmm.. Kami kompius. Kompius kompius~
Pastu, gi arr balik kat penolong pengetua tu tanya.
Tengok tengok die salah tanda arr kat peta tu.
Ciss! Seksa kami
Dah lah panas. Haha~
Kelas 4ST1 sebelah jer babe dari 4ST2.. Hahaha~
Kami kompius sebab tak sure aku kene masuk 4ST1 or 4ST2.
Tu jer. Hee~

Bile dah masuk, ahaaa~
Macam biasa arr..
Aku ni kan pendiam gler gler punyer orang bile kat tempat baru.
Sepatah ditanya, suku patah aku jawab. Hahaha~
Itulah aku...

Hari pertama tu biasa arr.
Kenal kenalkan diri pe sume.
Penat duk bagitau bende yang same.
-Nama
-Skolah sebelom masuk SMKSS ni
-Sebab pindah
-Result PMR
berpeloh aku nak menjawab tang result PMR tu.
Aku ni bukanlah budak genius.
Result pun macam, alahh... Baik tak de arr.. Hehe~
Dapat kelas 4ST1 pun aku rase macam tak layak.
Patut campak aku kat 4ST2 jer. Haha~


So, itu jerlah kejernyer satu ari tu.
1st day KALAU tak silap takde blajar sangat.
Biasa biasa jer.
Ice breaking & cikgu bagitau main topic yang nak kene ajar untuk tahun tu.
Tu jer kot tak silap.

Tapi, aku ingat lagi!!!
1st kelas aku masuk tu adelah kelas sejarah.
Cikgu Diana.
Hotz Giler Cikgu ni!!! Haha~
Lawa! Muda! Baru doploh lebih umur die
 Tapi, dah kawen anak dua dah. Huhu~
Cikgu ni serius sangat sporting abis.
Ko nak berlawak gler gler dengan die memang takde masalah.
Die tak amik kesah sangat.

Hari tu jugak, orang yang tegur aku dulu kalau tak silap adelah Naufal.
Die ni pengawas skolah yang otai + sempoi.
Jenis tolong tolong member punyer orang arr.
Die yang jemput aku masuk kelas tu & bawak aku ke tempat duduk. Hahaha~
Manja kan aku???

Bile dah abis skolah untuk hari tu,
Maka aku pun pulanglah ke rumah dengan bapak aku amik kat depan skolah.

Dengan itu juga, Maka tamatlah kenangan
January 10th 2005

~ Jaa ~

Monday, January 10, 2011

~ Special Day With Special NumbeR ~

Today is a special day.
Why is that?
Haa~
Easy easy people... Easy...

Today is January 10th 2011 *1.10.11
(see, theres lot of number 1 right?)
 &
This is my 11 entries of this month & also for this year.
(see, still number 1)
love it so much!

Okie okie...
Today is a special day.
Not about my self.
Neither my siblings nor my friends or anybody.

It is My Father.
My Daddy.
My Hero.
My Everything In This World.

Because, today is my daddy's birthday.
Tuan Haji Ibrahim Bin Haji Ismail
Now, he just turn his age to 62nd Year-Old.
Kinda old yeah?
But! He's still look young ohh.
Seriously.


Sorry lerr, takde gambar sangat Bapak aku ni.
Bukan pe, sebab bapak tak suke sangat amik gambar.
Kalau amik gambarpun mesti tutup tutup muke. Ahaha~
Tu gambar suam suam kuku jer ade. Hehe~


Ni mase nga holiday kat PD ngan sedara mara.
Last year kalau tak silap

Ni mase having dinner with family kat mane ntah

Ni mase bapak ade konvokesyen kat UM last three years
Sijil ape ntah. Usuluddin kot.

Tu jer gambar yang ade sedikit sebanyak. Hehe~
Diharapkan Bapak akan lebih sehat seperti sedia kala,
Dipanjangkan umur
Dimurahkan rezeki untuk menyara anak beranak bapak ni
Diharapkan segala bende yang bapak buat diredhai oleh ALLAH s.w.t.
Aminn.
Happy Birthday Papa
I Love You So Much!!!

~ Jaa ~

~ Penangan AJL 25 OwH ~

Okie! AJL ni aku kire duk tunggu tunggu gaklah.
Bukan pe, sebab ade artis yang aku minat bertanding untuk final ni.
Sape artis tu?
Haa~
Ade 4 orang sumenyer.

Okie! First of all, aku nak komen skitlah yer mengenai perjalanan AJL 25 ni. Ini bagi aku jerlah.
Pengacara dah gempak dah 3 orang ni, Ally, Cheryl, Faizal Ismail.
Tapi, aduhh... Macam lembab skit arr perjalanan AJL.
Sebab kalau diikutkan diorang ni macam ergh! Gempak! Pandai cakap. Kire tak lekang arr buat orang rase selesa nengok AJL tu. Tapi, tadi? Hurmmm..... Suram gler ohh.
Tak semeriah AJL lepas.
Pada awalnyer tu memang nampak gler kot macam slowwwwwwwwww, tang dah 3/4 baru nampak ok! Meriahlah skit. Tapi keseluruhan? Hahaha~
Tak best!

Itu bagi pengacara. Untuk pementasan plak (wahh! macam wat teater ye?) okie! Best!
Kire aku nengok tak bosan. Macam macam gimik diorang buat. Memang seronok!
Ade je satu, satu artis wat woww! Meremang bulu telinge. Hehe~

Ni adelah artis yang aku minat tuh, ade 4 orang sumenyer...

Firstly is Yunalis Zarai atau lebih common name is Yuna Oh! Bulan. Hehe~

Second is Hanifah Md Hanafiah atau lebih sinonim dengan name Black Mentor.

Third is Stracie Angie Anam dengan si kenik lincah Stacy.

& lastly is a band. An indie band which is Hujan.


Bukanlah aku nak kate yang lain lain tu aku tak suke or what. It just, masing masing ade artis kesukaan mereka seperti aku. Hehe~

Walaupun 3 dari 4 pilihan aku tu tak lah aku nampak seperti berjaya tarik tumpuan aku untuk menyatakan diorang ni layak menang, at least ade satu pilihan aku yang aku harapkan iaitu Black.

Sebab musabab yang aku nampak yang lain lain tu tak berjaya tarik tumpuan aku,

1st, Yuna die buat performance first skali, so, nampak sangat macam die kurang menyerlah. Maybe tak bersedia? Hurmm...
Sukar untuk dirungkaian sampailah die kene temu ramah dengan mane mane wartawan nanti.. Huhu~

2nd, Stacie. Urgh! Artis pilihan aku tuh. Haha~ Tak taulah malam ni die langsung tak nampak bertenaga kot. Just tarian penutup je nampak OK! Mase nyanyian aduhh. Kurang lerr.. Penat duk tunggu kot. Tu hilang abis tenaga die. Huhu~
Kakak aku cakap die lagi suke nengok die dalam video klip die. Sebab nampak lagi energetic.

3rd, Hujan! Wahhh! Lagu ko memang gempak! Tapi, tak masuk arr kat jiwa aku. Adehh~ Takpa! Ko tetap band aku paling suka kat Malaysia ni. Hehe~

Black! Perghh! Gempak abis malam ni!!! Baik Drama King mahupun Sofea Jane!!! Sedap siot aku dengar! Meremang meremang gak arr bulu kaki nih bile dengar! Memang layan arr dude!!!

So, dari mata kasar aku dan keseluruhannyer, bagi aku yang patut menang adelah Faizal Tahir dengan lagu Selamat Malam. Vokal die memang superb! Sangat superb! Untuk lagu hanyut, kureng skit! Tapi, gimik die best mase terjun dalam kolam air tu.

Ade satu performance aku tak sempat nak nengok sampai abis sebab mama aku sebok nak nengok Trilogi Cinta kat TV1. Haha~ So, aku terpaksalah mengambil masa tarik tv yang due bijik lagi ni masuk bilik kakak aku nengok. Elok jer dapat nengok si Hafiz dah jauh rebah time ade orang datang kate, "eyh! microfon, microfon". Pastu die bangun dengan baju baru die tu. Huhu~ Rase rase macam gempak gler jer! Gimik macam best nak mati jer! Rugi rugi tak dapat nengok!!!!

Bile dah abis nyanyian 14 artis tu, masa untuk...

Haa! Special performance dari 3 artis lagenda tanah air iaitu Dato Sharifah Aini, Ziana Zain & Dato Siti Nurhaliza mase juri duk terkedek kedek nak kire mate pe sume. Hee~

Kalaulah Ziana Zain yang masuk bertanding ni kompom kompom arr die yang menang.
Walaupun dah lame die tak masuk bertanding, suara die serius pukau aku kot! Haha~
Sedap giler! Memang salute arr!!!


So, skrang pengumuman pun dah bagitau kat semua orang.
Yang juara kali ni adelah -

Persembahan Terbaik
Faizal Tahir - Hanyut

Vokal Terbaik
Hafiz - Noktah Cinta

Tempat Ke-3
Hafiz - Noktah Cinta

Tempat Ke-2
Meet Uncle Hussein Ft. Black - Drama King

Tempat Ke-1 ( Juara )
Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku



Komen terakhir.
Haa???????????????????????????????????????????????????
Ana Raffali Menang???????????????????????????????????????????????
Eyh! Hello! Serius! Aku memang terkejut abis kot!
Die serius tak patut menang!!!!!
Serius!!!!!!!!!!!!!!!!
HellOOLLLOOOOO????????????

Wuhh! Seriously, im speechless!!
Aku memang target Faizal Tahir dengan lagu Selamat Malam.
Die yang patut menang!
HAhh!
Kesilapan besar duhh~
Tak tau aku nak cakap camno dah.
Eden raso den tak percayo.
Tak percayo abis abisan uhh..................

To Zahiril Adzim, u are rock! Hebat arr mase lu berlakon dalam lagu Ana tu. Haha~
Menarik! Lu memang stylo! Huhu~

Adakah kelibat Zahiril Adzim yang menjadi kejayaan Ana Raffali???
Tak siapa yang tahu.. Hahahaa~

~ Jaa ~

Friday, January 7, 2011

~ Pesananku Buat KakaK ~

Actually, I never know when she started this kind of business.
What I know is, she just selling out her “preloves items” only which is used cloth to be sold to people by online.

Then, suddenly, she makes her first headband just for fun or just to fill her wasted time.
Then she posted it on her blog. The good is, people keep asking, ask her to do this & do that and she did.
Starting from that she doing headband as her side income.
Macam macam jenis dah die buat & sambutan sangat menggalakkan. Serius. Sangat menggalakkan!
Yang aku tau ade sorang customer tu order sampai 10 headband. Tu paling banyak aku rase yang order skali gus. Memang masak arr kan kakak nak menyiapkan sume tu. Belum masuk sampingan sampingan yang lain lain lagi sampai 4-5 headbands. Huhu~
But, its ok, she fine. Jahit menjahit ni adelah kelebihan die.

Mengenai rekaan plak, normally aku yang akan tukang judge untuk headband die. Hahaha~ kire aku ni assistant designer arr. Wahh! Glam kau! Akaka~
Bagi aku, aku jenis membukakan lagi minda kakak aku untuk buat ni, buat tu. At the end die setuju & ade jugak yang membelinye. So, im happy with that.
Walaupun aku tak dapat pape komisen, I don’t mind at all. Because, sometimes die ade gak belanjer aku something sebagai pernghargaan. Normally, makananlah yang dimintak. Hee~

Kalau korang rase free nak tengok headband kakak aku or preloves items just click here & here.

About price, I always tell kakak to not put the price too high. Serius! Bile harge mahal orang tak mau beli. & of course sales akan down giler giler arr kan. So? Macam tak gune arr buatpun kan headband die tu. And bende yang slalu aku ingatkan kakak adelah jangan letak terlalu mahal sebab akan menyebabkan riba’. Bende ni yang aku paling risau. Letak harge yang berpatutan & tak terlalu melampau tu bagus. Kite selamat.
Bukanlah aku ni seorang yang alim tentang agama segala bagai, tetapi sekadar saling kongsi berkongsi ape yang tau & ingat mengingati. Itu sahaja. Kan kakak? Hee~

Sebab sesetengah orang kat luar sane tu, kos untuk buat bende tu takdelah mahal manepun, boleh kate dalam RM8-9-10 untuk produk die, jual sampai puluh puluh ringgit, ratus ratus ringgit. Hello??? Firstly, produk ko tu baru je nak dikenalkan kat pasaran. Belom dapat pape achievement dari sesiapa. Belom diiktiraf oleh sesiapapun. Eloklah kalau memadai dengan ape yang dirasekan ok! Ini memadai. Bagi aku untuk, jual barang eloklah tak lebih dari sekali ganda harga dari kos produk tu. Kos kat sini adelah main kos & sub kos. 

Melainkan dah well establish, dapat achievement dari mane mane pihak. Ok! Itu aku rase dah boleh letak harga yang lebih tinggi skit. Sebab itu dah jadi sebagai pengiktirafan & sebagai pengalaman yang digunekan & idea yang dicurahkan & kerahan tenaga yang digunakan. So, ok!

So, sesiapa yang nak nengok or want to buy it. Silalah melawat blog kakak aku & facebook die. Be friend first!. Aku bukan nak promote mane mane headband kakak aku ni. Sebab aku tak dapat ape ape keuntunganpun. Kan kakak? Hehe~

Im here just wanna share that harga itu main peranan, kalau harge rendah dan dapat sambutan yang memberansangkan dan keuntungan yang sedikit, tak ape asalkan ia adalah perkara yang menyelamatkan kite nanti. Tetapi kalau harge yang tinggi & dapat sambutan, kalau ia dikire sebagai riba’. Wallahualam.
Fikir fikirkan…

*no picture for this entry

Thank you!
Thanks for buying my sis headband! *big grin!

~ Jaa ~ 

Thursday, January 6, 2011

~ Apabila MakA ~


Apabila Minda Berfikir Maka Wujudlah Idea

Apabila Kaki Melangkah Maka Wujudlah Kejayaan

Apabila Jari Menulis Maka Wujudlah Karya

Apabila Mata Berpandangan Maka Wujudlah Masa Hadapan

Apabila Hati Berbicara Maka Wujudlah Perasaan

Apabila Mulut Mula Bersuara Maka Kedai Kopi Dikecapi

Apabila Masa Bergulir Maka Wujudlah Perkara Yang Dilakukan

Apabila Azam Di Tanam Maka Usaha Menjadi Kekuatan

Apabila Peristiwa Dikenang Maka Perhatian Lebih Diutamakan

Apabila Masalah Dicari Maka Konklusi Di Temui


~ Jaa ~

~ Ini Fashion AkU ~

Apa yang aku nak kisahkan ni adalah kisah aku yang dah lama nak di publish tapi time tu rase malas jer & jari yang halus mulus ni jadi kaku seketika bilamasa aku nak mulakan menaip.
So, ape yang aku nak begitau adelah mengenai cara pemakaian aku.

Memang benar sape yang tak nak pakai baju yang branded branded gegiler tu sume macam FCUK, Kelvin Klien, ZARA, TOPMAN, Esprit & macam macam jenama yang lain yang mahal mahal giler belaka.

It is true its all about fashion. Fashion that anybody can follow.

As for me, if u guys looking back my past entry, aku ade sentuh & mengecop jenama jenama yang aku pakai setiap kali aku pergi mane mane. Even gi Pasaraya Abang Giant pun pakai yang mahal mahal. Sape nak tengok? *walaupun just untuk beberapa entry jerrr...
See? Dan disebabkan itu jugaklah ade jugak yang mengkritik sebab dianggap sebagai menunjuk nunjuk kat semua orang.

Jadi, disebabkan itu aku tidak lagi bubuh ape ape jenama sebagai sandaran di entry aku sebab tak nak disalah tafsir oleh orang lain.
Jika dilihat aku ni memanglah dari keluarga yang agak sederhana selepas bapak aku pencen dari kerajaan beberapa tahun yang dulu.
Mungkin dulu hidup aku agak mewah sebab bapak masih lagi bekerja dan gaji agak besar utuk menyuap 5 orang keluarga aku. Itupun tidak termasuk arwah atuk & arwah wan yang masih hidup ketika itu.

Kalau diikutkan aku hanya pergi shopping bile ade sales.
Sales! Yes! Sales!!!
Tak kesahlah mase musim perayaan Hari Raya, Kristmas, Tahun Baru Cina, Year End Sale, etc..
Sebab ini sajelah masenyer aku nak berjimat semasa bershopping.
Memang aku akui yang aku ni agak boros bile berbelanjer.
Asal aku rase murah dan aku rase aku ok dipandangan mate aku, aku main rembat jer tanpa perlu pikir panjang & bayar kat kaunter.
Itu cara aku shopping. Kalau tak percaya, orang yang hampir sekali dengan aku mase shopping saje yang tau iaitu My Sis Re3n. At the end, bende yang aku beli tu worth it! Serius!
Sampai skrang ni semua yang aku beli, semua aku pakai, belum ade lagi dalam almari aku yang belum dipakai walaupun sekali jer. Hehe~

Masa dulu, lewat umur belasan tahun, jenama yang aku paling suke adelah Nike, tropicana life, & brand jenama yang setaraf dengan diorang tu kecuali converse! (jenama yang paling tak boleh masuk dengan aku). Nike normally untuk kasut jer. Baju Nike aku tak banyak sangatpun sebab susah nak kene dengan aku tambah tambah perunding pakaian aku akan cakap TIDAK dekat aku mase try baju tu. Die adelah My Sis Re3n. Ade je yang tak kene, yelah, design baju Nike normally biasa biasa jer. Tak de lah menarik sangatpun. Tapi, kualiti yang dicari. Sebab tu tak banyak sangat baju Nike yang aku ade.
Bile umur dah makin lewat ke lepasan SPM, aku mula jinak jinakkan diri dengan pakaian yang lebih berjenama seperti Topman & Esprit.
At this time memang bersepah sepahlah baju dalam almari aku terutama Esprit.

Bile dah masuk ke alam pengajian yang lebih tinggi, taste akupun dah mula berubah sedikit demi sedikit.
Aku dah pandai mula untuk mencari kemewahan dengan FCUK, Zara, Padini/Seed, etc.
Ini semua disebabkan peredaran semasa yang juga merubah sentimental seseorang terhadap sesuatu barangan yang hendak dimiliki.
Memang aku akui & aku mengaku, aku dalam alam ini pada masa itu dan juga sekarang ni.
Bukan aku nak MENUNJUK NUNJUK yang aku ni "tak kaya tapi nak berlagak kaya". Owh! Tidak!! Jangan berandaian seperti itu. Tak baik...
Jika diikutkan itulah cara pemakaian aku. Dan fashion memang cepat aku boleh berubah.
Dari seorang yang hingusan ke arah orang yang kemas sehinggalah ke seorang yang tahu apa itu fashion! Itu penting. Semakin kita melonjak ke arah yang lebih dewasa, memang nafsu kita tu berlainan. Mahu kelihatan segak, tampan, & indah di pandangan orang sekeliling.
Tapi harus diingat! Hati biar tulus!!! Jangan ada rasa riak+takbur dengan orang lain.
Dengan adek beradek takpa!!! Kan Kakak??!! Ahahaha~
Nikmat boleh ditarik bile bile mase je tau!

Untuk umum juga, kalau korang nampak aku kat luar tu, janganlah kate aku nak menunjuk nunjuk ye bile aku pakai baju yang mahal mahal siap ade lambang or cop cop mohor kat baju tu. Sebab itu memang cara pemakaian aku. Takde maknenyer aku nak menunjuk nunjuk, & dah baju tu diprinted macam tu dah. Tak kanlah plak aku nak kikis buang sume logo logo tu kan. Baik aku beli baju pagoda jer pakai ari ari wat jalan jalan, gi kelas, gi surau or masjid. elokkah begitu?

Buka minda anda

Anda pun seorang yang mahu tampak kemas dan anggun + menawan di mata sekeliling terutama BF/GF. Tu memang kompom arr. Tak yah cakappun dah tau. Itu normal.
Aku pun penah lalui saat saat tu. Tapi tu dulu. Huhu~
Tapi, aku lebih suke pakai cara santai yakni seluar pendek + t-shirt.
Tapi, janganlah plak pakai baju tu kat function function penting. Itu tak cerdik namanya. Ikutlah tema yang diberi. Hehe~
Walaupun aku suke berfashion, takdelah sume bende aku nak nampak mahal.
Aku rase asal elok dan BERKUALITI bagi aku dah memadai untuk aku pakai.

Aku tak mau sentuh mane mane orang tentang fashion sebab tu akan mengaibkan seseorang. & itu tidak bagus! Tu jugak hak masing masing nak cara berfashion. Tak amik portpun. Lantaklah kat korang sume. Tapi, biarlah sopan dimate orang. Janganlah dedah sane dedah sini. Tu seksa mate aku & bahu kiri aku pun turut seksa kot. Wuhh~ Ish ish~
Walaupun memang lumrah lelaki, mesti nak tengok seksi seksa jer sume bende. Seronok.
Tapi, aku suke nengok yang kemas & elok dipandangan. Tak payah susah susah nak jatuhkan baju kat bahu tu & dedah dedah gunung ganang 5 posen. Dah cantek dah kalau kemas.

Satu perkara sebelom tutup penulisan, aku bukan nak bersifat takbur + riak.
Ini adalah normal. Masing masing ade perasaan nak berfashion.
Mahal, Murah, Masing masing ade minat dengan jenama sesuatu.
MNG, Zara, Esprit, Converse, Aldo, Replay, Nike etc.
Memang bersepah jenama kat dunia ni.
Cume satu! Bijak bijakkanlah minda bila bershopping.
Pilih masa yang sesuai untuk bershopping.

Hahh! Seperkara lagi. Majoriti baju yang aku miliki tu semuanya duit yang aku simpan.
Bukan simpanan ASB. Dan juga bukan simpanan masa hadapan.
Aku jugak bukan mintak kat mak bapak aku on the spot nak gi beli baju yang mahal mahal tu.
Mau pelempang penyepak bagi kat aku.
Or mintak kat sape sape untuk belikan aku itu ini.
Duit duit tu sume duit yang aku simpan setiap tahun.
Jadi, takde salahnyer aku nak berpakaian mahal mane sekalipun, sebab duit yang aku simpan takde berkaitan dengan duit korang. Ahahaha~
Sebab tu mase raye aku akan jadi sangat sangat mewah bile berpakaian.
Aku sangat appreciate dengan bende yang aku beli dengan duit aku simpan berbulan bulan + bertahun tahun.
Kalau ada yang memberipun memang aku hargai paling tinggi skali (ini benar).
Thats all.












~ Jaa ~

Monday, January 3, 2011

~ Ni Lah SebabNyer Aku TakLeh Reveal Kat Korang LagI ~

Serius bende ni aku rase sangat sangat tertangguh.
And aku rase mesti gak korang ade tertunggu-tunggu bende yang aku duk
cakap dulu dulupasai nak tunjukkan bendealah ni.
Tapi macam lagu Glen yang ade dalam lirik die "apekan dayaku",
itu semua hanyalah perancangan,
tapi ade jer bende yang boleh menyekat dan menghalang dari aku publish kat blog ni.
Bukan kemaluanku, hoishhh!
Bukan kemaHuanku (baru betoi) tapi, bende telah terjadi dan tengah menjadi.

Bende pe yang aku cakapkan ni mesti korang tak tau and mesti korang dah tak ingat punyer pasal bendealah ni.
Hehe~
Jangan risau, disini saya nak tunjukkan bende yang di dalam progress
yang tak tau bile akan siap walaupun janji awal dari yang ditetapkan.
Apakan daya.
Katanya, cuaca menjadi faktor utama dalam pembikinan ini.
Bende yang aku duk cakapkan dulu dulu tu adalah
Suasana bilik aku.
Haa!
Mesti korang ingat lagi pasal aku nak tunjukkan bilik aku yang kaler
Black + Very light grey
Bende ni suppose aku dah boleh reveal since barang barang yang belum dibawa pulang dari Kedah dulu.
Pertengah bulan December tak silap baru sampai.
So, ikutkan memang dah boleh publish,
Secara tibe tibe dengan akhir akhir bulan November aritu mama aku dengan
spontanyer cakap, "hahh! nanti mama nak panggil tukang rumah nak besarkan bilik aku & bilik depan.
Aku time tu macam "huhh? serius ohh?"
Tetibe esok jer orang tukang rumah dah datang.
So, kire memang betol!
Dan bende ni kire unexpected gak arr kan.
Mengejut kate ok, esok terus jalan.
Wuhh~

Until now dari pandangan mate kasar aku nampak seperti 65% baru siap.
Tukang buat kejer ni memang orang yang sangat berpengaruh kat taman aku.
Boleh kate die yang control taman aku sahaja.
Die ni orang Indon.
& mama aku paling banyak rekemen Indon ni kalau kalau sesiapa nak
besarkan bilik, rumah, baiki rumah, etc.
Memang die boleh buat.
& Die tersangat orang yang berkualiti bab bab buat kejer berat ni.
Tak macam orang melayu kite mase mule mule rumah aku nak besarkan seluruhnyer,
At the end, banyak rekah rekah.
Kakak aku cakap bahan die gune tak cukup mase bancuh simen.
See?? Jangan main main ok!
Kakak aku belajr engineer.
So, die memang tau pe kurang pe lebih. Hehe~
Aku payung ko ni kakak!
Belanjer arr ye! Haha~
Then, sampai skrang pape hal mama aku akan panggil Indon ni jer buatkan.
Tambah stor, besarkan bilik, toilet.
Bagus! Tak nampak pe masalahnyer pun.
So, pe yang akan aku tunjukkan ni hanyalah progress membesarkan bilik aku.
Tetapi tidak dalam bilik aku.
Haha~
Tak akan reveal until it done perfectly!
Ok!






Bagi sesiapa yang dah datang rumah & tinjau bilik aku tu,
Korang jerlah yang tau.
Hehe~
Kire special tuh!
Takdak sapa tau lagi nih.
Yuhuu~


~ Jaa ~