Sunday, January 2, 2011

~ Hari Sedikit RilekS ~

Now I will write about what happened during reception on the groom side.
This day is December 26 2010 which is on Sunday.
So, pagi ni memang kalut + bising + banyak kejer nak kene buat kerana hari ni kenduri belah lelaki plak.
Nanti kunjungan pihak perempuan akan datang waktu tengahari. Erk! Memang macam macam nak kene buat.
Pagi tu kazen kazen semua sedap duk tito sampai kul 0800. Tu pun suara radio free yang duk berkumandang suh bangun kemas kemas rumah segal bagai arr.
Wuhh. Memang orang kate pagi yang indah disinari oleh cebisan cebisan permata. Perghh! Hiperbola abis. Paham tak??? Takpa. Rujuk dari orang yang lebih pakar ye. Hee~
So, bile bangun tu rase sangat penat kot. Dahlah malam tadi operasi keselamatan abis lambat. Kul 0130 macam tu sampai rumah. Tito pun tak silap around 0230. Erghh~
Indah sungguh. So, bile dah bangun tu memang mate sepet abis arr. Then, aku duduk terlantar kat atas kerusi sambl nengok cter CSI kat AXN. *CSI ni memang cter favourite gler aku. Tak kesah Miami ke, Ny ke, CSI takde name ke. Memang aku layan… So, bile dah sedap terlantar kat krusi tu memang aku dah jadi malas arr nak bergerak ke hulu ke hilir dah. Hehe~
Bile kazen aku sorang sorang dah bangun, sume ntah menghilang kemanepun taktau. Yang pasti still kat kawasan rumah Sugar Daddy. Aku? Still sedap melayan cter CSI. Hahaha~
Nak kate aku pemalas? Erk! Ramai dah yang datang tolong. Jiran jiran sume sebok memasak & cuci pinggan mangkuk. Pakcik pakcik semua kemas meja. Kazen duk lap krusi. Pa lagi yang kene buat? Hurmm.. aku keliru time tu nak buat pe. Macam serba salah pun ade. Tapi, tu lah aku memang tak tau nak buat pe. Hahaha~
Jadi, dengan rasa tidak kenal salah, aku pergi gosok gigi lepas tu aku pergi makan. Perghh!
Kenyang perut aku time tu. Ahaha~
Bile dah abis makan tu, & time pun tunjuk jam 1100, bangah yang dari luar lepas letak KON KESELAMATAN tu kat tengah jalan raya & kawasan tak boleh diparking, diepun masuklah ke dalam rumah untuk buat pudding buah buahan. Perghh! Tak tau plak yang die ni reti buat sume bende ni. Haha~
Pastu, aku pun dengan bestnyer pa lagi, gi arr nengok. Bile dah siap, sesi untuk menggubah makanan untuk hidangan pengantin plak. Part ni je yang aku buat ohh. Seronok nengok makanan duk dijadikan experiment semata mata nak jadi cantik dipandangan orang ramai nanti. Huhu~
So, macam macam arr kami buat. Makanan untuk pengantin pun sedap sedap kot.
Tapi, makanan untuk tetamu yang hadirpun sedap jugak. Sebab ada 5-6 jenis gak arr. Dari lembu, kambing, ayam, sayur. Wuhh. Sedap sedap. Sebab aku dah makan. Hahaha~
So, bile dah nak settle hiasan untuk pengantin, kami kami ni sume kenelah mandi awal ye.
Sebab masa dah semakin suntuk. Kerje kerje yang selebinyer akan diserahkan kat kazen kazen yang lebih berpengalaman buat. Time ni makcik pakcik kazen yang tak duduk kat rumah MakChek datang untuk tolong pe yang patut. So, kamipun lepas tangan untuk sementara waktu untuk bersiap. Masa semakin suntuk ni. So, bile dah abis pe sume & jam pun tunjuk 1230. Aku diberitahu oleh bangah yang Sugar Daddy dah otw ke rumah dah skali dengan rombongan pengantin perempuan. So, aku kenelah bersiap lagi untuk jadi pengapit yang kali ke-2 nyer. Hehe~
Khidmat aku sangat diperlukan ohh? Hehehe~
So! Seperti biasa arr. Tema untuk belah lelaki adalah kaler biru. Kalau korang rujuk picca yang sebelum ni yang hantaran untuk pihak perempuan, haa! Yang tu arr kaler die. So, yang biasanyer adelah aku takde baju melayu lengkap! Erghh!! Pa lagi, suh arr Ema (adek kepada Sugar Daddy) datang carikan baju melayu. Hurmm. Yang tak bestnyer, Sugar Daddy tak banyak baju melayu. Tak silap just ade 3 jer. Erk! Kaler merah yang seluarnyer tak muat tu, kaler hijau yang aku jadi pengapit mase kat kenduri pihak perempuan & kaler gold mase Sugar Daddy akad nikah. Aku time tu dah rase serba pening dah. Aduhh. Mau pakai yang mana si? Hurmmm.. Ada yang rancang suh pakai balik baju kaler hijau tu. Aku macam , uhh??? Mane leh. Tau arr kaler semalam.. hurmm.. Pening pening. Yang tinggal hanyalah baju akad nikah tu jer. So, dengan muke tak malunyer akupun amiklah dan pakai dengan takde rase serba salahpun. Ahahhaa~
Wuhh! Muat kot bile pakai. Pastu pakai sampan dan SIAP!! Yeahh!
Aku jadi pengapit berbajukan akad nikah. Time ni dah ramai dah tetamu yang datang makan.
Bile aku kuar je dari bilik untuk salin baju, abis sume orang duk tanya, “jadi pengapit ke? Jadi pengiring ke?”, akupun dengan senyum lebar kate “a’ah. Hee~”…
Samelah jugak bile aku kuar nak pergi ke pengantin, ade jugak makcik makcik yang tegur.
Mase ni pengantin lelaki & perempuan duduk kat rumah jiran sebelah. So, aku akan keluar ke jalan raya untuk kesebelah. Yang bestnyer, dahlah aku berpakaian melayu langkap siap bersampin, bile keter lalu lalang jer abis sume duk pakat nengok macam aku yang nak kawen. Ahahaha~
Aku time tu biasa arr, jenis takde perasaan, memang rileks jerlah. So, bile aku dah sampai kat pengantin, Sugar Daddy kate, eyh, baju ni. Bagus bagus amik berkat. Ahaha~ pastu, die nengok, haa, sampan ni raya tahun ni punyer. Aku kire wahh! Cantek arr! Baju raya abang, baju raya aku gak. Ahahaha~
So, tunggulah lama skit sampailah sorang ni tukang kompang mintak sape sape tolong jagakan lalulintas sebab kite akan berarak gune sebelah jalan raya. So, bile dah ready, mulalah ayunan kompang, akupun macam biasa arr, berpayungkan Sugar Daddy sampailah ke rumah sehinggalah ke pelamin. Yang bestnyer lagi!!!!!!!! Kaler baju yang aku pakai jadi pengapit ni sedondon plak dengan pengapit perempuan. Sugar Daddy jahat gler kot! Die kate, “hahh! Same kaler arr. Ade jodoh ni.. die still single.”. aku time tu “erk! Jangan, takpelah”.. hahaha~
Lagi yang best, kakak aku siap leh bergosip lagi ngan kazen aku pasai kaler same aku ngan pengapit perempuan.. Ish ish. Jahat sungguh mereka ini. Hahaha. Ini hanyalah kebetulan, tiada perancanganpun antara kami ye. Tapi, bagus jugaklah. Takdelah mencacatkan majlis tu.
Dan disebabkan tu jugak aku ingin menjelaskan bahawasanya aku hanyalah memakai selipar jamban ye. Before that aku tanya kakak, should I wear slipper or shoe? Kakak cakap slipper cukup, sebab banyak tahi ayam. Akupun, ok! Selamber jerlah.
Ahahaha.. so, dari berarak sampailah majlis renjis renjis sampailah kea dab meja makan, aku just berselipar jer. Rileks rileks semua. Aku Cuma mahu membangkitkan balik zaman dulu dulu kala dimana para pahlawan hanyalah memakai selipar waktu tu. Mane ade zaman perbu dulu pakai kasut Nike, Adidas, Crocodile pe sume tu. So, aku mengembalikan zaman tauliah tu tau. Ahaha~
So, bile sesi ranjis ranjis dipilis selesai, kami ke majlis makan plak. Wuhh! Saat dinanti nantikan walaupun aku dah pelahap 1 pinggan makan nasi berlaukkan tetamu. Skrang aku makan lauk pengantin plak siap air oren jus original lagi bangah buatkan. Huhu~ sedap sedap!!!
Bile dah selesai makan, so, macam biasalah sesi bergambar plak. Tapi, kali ni takde plak bergambar kazen kazen pe sume. Just family Sugar Daddy jer.
Then, majlis tamat around 1600.
Kat sini kite dapat nengok bezanya orang kampong dan jugak orang Bandar bile mase majlis kawen diadakan. Bukan pe, kalau kat Bandar tu, orang still akan datang even dah lewat yang hamper hamper tamat majlis dah. Tapi, bile kat kampong, orang akan peak gler gler mase tengahari yakni masa bersanding. Lepas jer bersanding & makan, tetamu dah sikit gler datang. Means, dalam 1-2 keluarga sahaja. Dalam jam 1500 senarnyer dah kire macam takde orang. Huhu~
So, bile dah selesai pe sume, kamipun rehat arr kat dalam sambil nengok hantaran Sugar Daddy & sambil makan kek kawen diorang. Huhu~
Barang hantaran yang paling mahal adelah jam tangan ye. Jenama Tag Heuer. Harge tak yah bagitau arr kan. Memang original punyer. Huhu~ terkejut kami.
Bile dah lewat skit aku pun tito arr sebab penat gler kot. Pastu, settle arr.
Tunggu cter malam punyer plak in the next entry.


Ni hantarannyer
11 dulang rasenyer
*Untuk entry yang lepas lepas, hantaran untuk pihak perempuan 9 dulang senornyer bukan 10. huhu~

See? Aku tukang pengapit lagi
&
Tukang bawak bunga manggar tu kiri Tuan Qilaf & kanan Hisham si budak hingusan. Hahaha~

Semasa berarak
Jalan memang jam arr time ni. serius, depan blakang. Haha~
Sabar jerlah ye. Kejap je pun. Dah masuk abislah. Ish!

Haa! Aku pakai slipper je?
Ni kakak yang suruh. Hahaha~

Ni adek kepada Pengantin Perempuan

Wahh Wahh! Tuan Qilaf! Ko pun renjis gak?
Amik berkat ke??? Hahaha~ 

Akhirnyer sempurna gambar family

Nilah mase potong kek yang dibantal oleh kami kazen kazen makan kat dalam rumah
Hahaha~

Ni mase sesi suap kek kek.
Aduhh~ Mereka ni lawak sungguh...


Nanti next entry mase sesi malam plak ye.
Banyak cter ni.

~ Jaa ~

~ Takpe Walaupun LambaT ~

Selamat Tahun Baru diucapkan kepada semua warga readers.
Semoga apa yang dihajati akan tercapai untuk tahun ni.
Aku takde azam sangatpun nak diletak tinggi tinggi.
Sekadar mahu menjadi yang terbaik sahaja.
Aku takut tak tercapai walaupun usaha ada dilakukan.
Tahun ni, New Year aku takde perasaanpun seronok or pape raselah macam nak sambut macam orang lain.
Kalau tengok my status kat Facebook! Mase detik 0000, aku tulis “New Year? Erk! Takde feel arr”.
Serious, memang tu yang aku rase time tu.
But then, nevermine, don’t wanna spoilt other’s mood to celebrate New Year.
So, dengan itu dengan rase seperti dah lewat beberapa puluh jam post ni dari tarikh tahun baru,
Saya Mohd Nazree Ibrahim ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011.
(Angka yang paling aku gemarkan dalam hidup aku selain 7 & 17)
Semoga segala impian yang dihajati akan tercapai dengan jayanya dan semoga hidup kalian semua akan dilimpahkan darjat dan kurniaan dan agar hidup kita akan sentiasa bahagia dan tidak terlalu memikirkan perkara perkara yang lepas yang boleh menjejaskan kebangkitan kita di masa hadapan kelak.
So, Happy New Year!


Sumber Tahun Baru Google!

~ Jaa ~

~ Ini Orang Kata SunaT ~

Okie, ni sambungan cerite untuk tarikh yang same pada entry yang lepas.
Pada malam tu kitorang berlime ade tugasan nak buat.
Kami tu adelah Aku, Tuan Qilaf, Bangah, My Bro & Hisham (budak ni kazen paling kecik skali dalam keluarga aku tak silap. Baru form 4 start skolah ni).
Pada malam tu kejer kami adelah pi tampal "signboard" untuk ke rumah pengantin. Macam biasa arr yang buh arah arah terus, corner corner, name pengantin etc..
Disebabkan rumah Sugar Daddy ni berhadapan dengan jalan raya, so, nak ke rumah beliau memang ade 2 arahlah ye, kiri & kanan.
Kiri dari arah Seremban, & kanan dari arah Kuala Klawang or lebih jauh dari arah Rembau...

So, kami mulakanlah operasi kami pada malam hari. Around 2130 siap dengan peralatan semua nak gerak.
Tukang driver time ni bangah & die yang ajak kami semua ni.
At first kami pergi ke Pekan Kuala Klawang.
Sebab sini dekat skit & tak banyak arah pandu nak bubuh nanti.

Dalam 10-15min kamipun sampai arr tempat pertama nak buh kat tiang tiang signboard jalan raya. Hehe~
Ni biasa arrkan main tumpang tumpang kat tiang signboard jalan raya.
Bile dah buh, kamipun pergi arr ke checkpoint ke-2. 10 tapak tak silap dari balai polis Kuala Klawang.
Haa! Tang sini kami ade cerite baikkkkk punyer abaq ampa suma.
Mase otw nak ke pekan, bangah kate, "kite kene amik cone nak buh kat jalan raya depan rumah. sebab bahaya keter lalu lalu laju.."
So, kamipun plan macam nak rembat je cone polis tu. Dahlah ade 2 ketoi. Perghh! Rezeki kot! Hahah~
Then, disebabkan keadilan yang kami pikir, kami tak amik. Silap aribulan mau time time tu jugak polis sume kuar naik keter, motor kejar kami. Hahaha. Nak mampus?? Huhh! Jangan buat pasal. Ughh!
Then, selepas niat murni kami tu, kamipun otw ke arah laluan ke rumah Sugar Daddy before nak gerak ke Seremban plak nak buh. Haa! Seremban kau! Jauh cukup!
Mase nak ke arah rumah tu, kami dah aim mase ke pekan yang ade 1 kon baik punyer pot die letak.
*Bayangkan, yang duk kat blakang tu, kiri aku, kanan Tuan Qilaf, tengah sure sure Hisham budak hingusan ni. Hehe~
So, kon tu kat tepi jalan belah kiri, kau tau, aku yang menjadi dalang untuk merompak kon tu. Perghh! Cuak beb!!!
Plan die, elok je bangah stop, aku bukak pintu-lari amik-cabut-masuk dalam keter-terus pecut! Perghh!
Time tu hanya DIA sajalah tau. Hahaha~
Maaf! Kami bukan berniat nak mencuri or melakukan seperkara sedemikian. Kami lakukan demi kebaikan bersama. Untuk menjaga keselamatan lalu lintas dan juga kenderaan kenderaan yang parking di tepi tepi jalan raya. See?? Murnikan matlamat kami. Hehe~
So, elok je aku dah amik terus masuk dalam keter tu. Pa lagi? Pecut laju laju arr. Dahlah elok je aku cabut kon tu ade 2 bijik keter ngah datang dari arah blakang. Perghh! Gler laju arr bangah pecut. Nasib keter Vios. So, memang dapat dari arr kan. Hehe~
So, bile dah pecut tu, niat kami tidak berhenti disitu jer untuk tidak menampal "sign" seterusnyer. Hehe~
Dalam 2km dari rumah Sugar Daddy kami bubuh lagi, pastu baru chow ke Seremban.

Mase nak pergi ke Seremban ni memang jauh perjalanannyer. Dalam 30-40min kot.
Then, mase nak ke arah Seremban ni memang akan kene lalu satu bukit, name bukit ni adelah Bukit Tangga.
Orang orang Negeri Sembilan kompom tau punyerlah.
Nak dijadikan cternye lagi, nasib baik kon yang diambil untuk kejer mulia tu dah masuk dalam bonet keter. Sebab? Sebelom nak tempuh Bukit Tangga tu ade plak roadblock. Perghh! Gler arr maut. Haha. Sebab roadblock ade, time tu kan memang cuti. So, budak budak rempit kampung nak konvoi race arr. Ceith! Tak sayang nyawa punya budak. Huhu~
So, dengan muke innocent abis lima lima kami, kami lepas sekatan rusuhan tu. Wuhh~ Lega babe!
Pastu, mase mendaki bukit tu dengan bestnyer, adelah satu air terjun kat tepi jalan.
Air terjun tu kire memang tepi jalan jer arr, & yang leh dibuat cerite plak, perghh!!! Jalan yang dekat air terjun tu macam merekah arr skit, yang best! Dah jalan tu rosak, kompom kompom diorang buh kon bagi kawal lalu lintas & buh yang tali tali yang pantulan cahaya tu.
Time, kire wuhh, rejeki.
Kamipun pa lagi, projek ni kami berdua, aku & Tuan Qilaf. Hehe~
Kami disuruh, bukan kami berniatpun. Erk! Maafkan kami.
Time tu around 2230 rasenyer. Masih lagi awal so, memang banyaklah ye keter lalu lalang.
Kami berdue dah macam pe lagi, nak gi amik, bile keter lalu, cepat cepat kami lari lintang pukang punye taknak bagi muke nampak. Hahaha. Serius, kelakar nak mati punyer.
Time tu kami dapat amik 3 bijik kon yang terus letak kat bonet keter.
Kon lama aku campak buang kat tepi tu. Huhu~ Sebak kon yang mule mule amik tu dah macam rosak actually. So, campak jerlah kat tepi tu sebagai ganti yang kami amik ni. Exchange berlaku disitu ye.
Pastu, kamipun chow arr ke Seremban. Kat Seremban ni kire memang banyak arr buh "sign" tu. Merata tempat yang strategik kami buh asalkan dapat memudahkan semua pengunjung ke rumah Sugar Daddy esok nanti.
So, bile dah letak letak, kasi cantek cantek, kamipun pulanglah ke rumah lalu jalan yang sama masa nak pergi ke arah Seremban.
Mase nak balik tu, ingat dah settle dah amik kon tu, tengok tengok bangah kate kite kene amik sebanyak yang mungkin. Ni untuk keselamatan. Hahh! Lalu balik kat Bukit Tangga.
Lalu lagi kat air terjun tu. Mase mule mule amik kon kat air terjun tu kami tak amik abis. Ade je lagi brapa ntah.
So, bile balik tu kami pun amik arr perabis kon yang ada. Orang tua tua kata, rejeki jangan ditolak.
Hehe~
Dahlah amik time tu jam 0030. Perghh! Seram kot.
Lebih menarik adelah, keter yang bangah bawak time tu jadi berat kot. Ergh!
Seram jadinyer. Tapi bangah tak kate pape arr. Time dah sampai rumah baru cakap perkara tu. Die kate die bawak keter pakai gear 3 patut laju. Tapi, time tu jadi berat, macam tak naik je keter tu kat bukit tu. Perghh! Die kate die tengok cermin blakang & tepi kiri kanan. Nasib takde pape. Tapi, seperti *bende tu follow kejap before lepaskan kami..
Ughh! Seram duhh, dahlah aku nga taip pagi pagi bebute & dalam keadaan gelap. Hahaha.. Cuak lak rase. Tapi, itu cumelah perasaan. So, abaikan...
Bangah kate lagi, bile dah abis turun bukit tu baru laju betol seperti takde beban lagi dah. Wuhh~ Cuak duhh.
Tapi, serius mase elok je kami letak kon dalam bonet & gerak, aku sendiri rase macam berat. Tapi, time tu takde pape perasaanpun. Mase dah sampai rumah & selepas dicerite baru rase meremang gak arr kan. Haha~
So, tu jerlah cternyer pada malam hari yang penuh perkara silly kami buat.
Seperkara lagi!!!!
Kami bukan mencuri, kami cume ambil untuk kepentingan semua orang.
Demi menjaga keselamatan orang ramai yang hadir mase tu & demi menjaga harta kenderaan semua orang, kami terpaksa buat sedemikian rupa. Diharapkan semua paham. Huhu~
Maafkan kami. Itu 1 experience jugak bagi aku. Aku tak pernah bat bende bende macam tu before this. Wuhh~ My bad. But good for everybody.
Seperti orang orang tua kata, ini cumalah ambil sunat. Untuk kebaikan semua orang. Hee~

Inilah rupe kon yang kami amik sebanyak 6 bijik
Hehe~
*sumber cik google yang hotz!

~ Jaa ~

Thursday, December 30, 2010

~ Siapa Jadi Pengapit Nih . Cepat CepaT ~

Hari untuk cerita ni adalah Christmas Day which is December 25th 2010.
It is a long story, seriously. A day that has a moment to remember & of course lots of funny + silly things that me myself & my cousin did. Wuhh! Seriously!
Cant wait ouhh to tell. Hehe~
Ok!

Pagi ni makcik makcik, pakcik pakcik, jiran jiran, sedara mara semua tengah sebok dah dengan melapah daging lembu, mengopek bawang, potong sayur, blander tu blander ni, goreng tu goreng ni.
Kami kazen kazen semua sedap je nga tito. Hahaha..
Sampailah around 0830 camtu kot mama aku dah bising bising suh bangun kemas tempat tito (yerlah, dah ramai ramai mesti arr tito kat ruang tamu), tolong kemas ruang tamu skali, & tolong pe yang patut arr. Hahaha~
Aku kul 0900 baru bangun. Perghh! Terganggu kau sleeping beauty aku! Uhh!
Tapi takpa. Aku bangun & kejut yang lain skali then kemaslah sume sumenyer.
Then, lepak tengok tivi dulu. Best pulak cter die tayang time Christmas ni. Adehh! Dengan cter Barbie nyer lagi & cter pe ntah. Lupe plak. Memang layan arr bebb!! Wuhh! My favorite kot cter cter barbie & karton yang jenis jenis macam ni. Hahaha~
Layan layan!!!

Pastu, lepak lagi, jam terus bertik tok sampailah kul 1030.
Owh! Semua dah duk pakat bising nih.
Kitorang tetap rileks. Hehehee~
Bising bukan ape! Sebabnyer, sorang sorang belom mandi lagi.
Dahlah kul 1230 kene gerak dah dari rumah nak pergi rumah pengantin perempuan.
Sorang sorang mandi bukannyer kejap. Ntah ape duk belekpun tak tau. Hahaha~
Sampailah jam 1100, barulah start sorang sorang mandi.
Yang berkampung kat rumah MakChek ni keluarga aku, PakUsu, MakAchik. tu jer kot. Sebab kat kampung ni semua makcik pakcik rumah dekat dekat. So, takdelah semua nak berkerumun kan kat rumah MakChek ni. Huhu~
Jam berputar, sorang sorang dah abis mandi dan bersiap siap.
Tapi, Sugar Daddy kene pergi awal ke rumah pengantin perempuan sebab nak bersiap, bermake up & segala bagailah.
Aku dah iron baju yang nak pergi nanti. Siap tidak ada sikitpun kedutan. Seronok + excited nyahh!
Jam berdetik tik tok sampailah menunjukan 1230. Owh! Time ni pun ade lagi yang belom siap. Mandipun ade lagi. So, sume pakat express arr sume bende. Gerakpun belom lagi. So, kitorang begitau pihak perempuan bersanding lepas Zuhur.
So, ade mase skit lagi ni nak bersiap siap pe sume.

SECARA TETIBA!!!

Bangah bagitau aku "hahh! bob, abang z (Sugar Daddy) takde orang nak jadi pengapit, die mintak kau jadi pengapit die".
Bayangkan aku time tu, "owh! serius? macam ne ni? aku dahlah bawak baju melayu sahaja. tidak secara full set baju melayu". Aku time tu dah macam owh man!
Pastu, bergegas arr mintak ema (adek kepada Sugar Daddy) carikan baju melayu abang z. Size aku ngan Sugar Daddy lebih kurang same jer. So, muat muat arr test.
Cari punye cari, dapat 1! Kaler merah. Akupun cepat cepat gi test, cz time ni sume dah ready dah ni kat keter.
Aku try! Ughh! Ughh!! Haiiyakk! Aiseyh, baju dah cantek dah ni, seluar plak wat hal. Kecik gler kot! Aku ni dahlah boyot. Hahaha~
Pastu, fikir fikir macam ne, pastu, cari lain. Ade kaler hijau lembut ala ala torquise *betol ke eja?*
Aku try masuk fitting room. Oppss! Masuk bilik lerr..
Try.. Hurmm.. Ouchh! Ok!
Sangat sesuai. Hahaha! Nasib seluar ni bergetah. So, molek sangat dah dengan aku yang boyot ni. Then, cari plak sampin. Nasib ado kau.
Pastu, bergegas arr naik keter. Lega rasenyer time tu. Wuhh!

Sepanjang perjalanan aku risau kalau kalau Sugar Daddy dah ade pengapit lain. Gler ko! Mane taknyer, dahlah aku tak bawak suar jeans nak wat ganti kalau kalau cancel jadi pengapit. Haha~ Full set baju melayu arr nampaknyer aku nanti gi kenduri ni. Tak pernah aku pakai baju melayu gi kenduri kawen. Hahaha~

Bile dah sampai ikut depan, aku dah nervous. Mengalahkan pengantin kot! Hahaha.
Tetibe adek kepada pengantin perempuan datang kate minta parking diseberang satu lagi, sebab pengantin lelaki tunggu kat sane. So, naiklah keter, parking seberang satu lagi. Seberang satu lagi kalau nak diikutkan dekat gler kot, sebelah jerpun (bayangkan, satu jalan, pengantin lelaki duk kat seberang yang hanya dipisahkan oleh khemah. tu jer. hahaha~ pusing kemain lagi macam round the world. hehehe~ gurau jer!)

Owh! Kami dapat special parking kot. VIP carpark. Huhu~
Haaa! Terlupe plak, serius! Yang konvoi untuk kali ni sebanyak 15-16 biji kereta. Taktaulah dapat pecah rekod ke tak, sebab mase anak MakLong kawenpun gler banyak keter yang konvoi. So, ni antara terbanyak jugaklah. Ni keluarga besar saya sahaja ye. Huhu~
Mase dah sampai, akupun turunlah terus check kot kot dah ade pengapit ke. Tengok dan lihat wuhh! Lega kau! Takde, so, aku kompom jadi pengapit Sugar Daddy kali ni. Hahaha~ Lega lega!!
Pastu, pa lagi, kemas kemaskan diri terus siap nak berarak.
First experience kot jadi pengapit nih! Haha~
Tapi, aku tak nervous cuak pun. Rileks jer. Bangga lagi ader arr! Muka aku kompom kompom masuk lagi album kawen kazen aku.
Dulu pangkat aku just jadi tukang bawak bunga manggar untuk kedua dua anak PakTeh, along fizah & abang hafiz.
Skrang aku dinaikkan pangkat jadi pengapit duk sebelah Sugar Daddy. Hahaha~
Walaupun tema kawen belah perempuan kaler pink, tapi, baju aku kaler hijau. Ado eden kesah? Sikitpun eden tak kesah tau... Eden banggo lagi adolah.

Berarak bawak payung, sampai ke pelamin. Kipas kipas, suh Sugar Daddy senyum skit, lap lap tapak tangan yang kene renjis renjis tu. Hehe~
Walaupun Sugar Daddy yang kawen, aku pun tumpang glam kot!! Ngahaha~
Bile dah abis sesi renjis renjis sume tu, tibelah sesi makan yang paling aku gemarkan. Makan makan makan.
Biasalahkan, meja makan pengantin yang paling special dari semua semua. So, aku dapat makan makanan yang sedap sedap arr chottt! Hehe~ Sedap sedap!!
Siapa kate kat meja makan pengantin kite kene beradab?
Hahh! Ketepikan semua tu. Makan jer pe yang korang nak. Ade orang lain kesah? Diri sendiripun tak kesah. Aku memang bedal arr sampai kenyang. Hahaha~ Siap menambah nambah ko makan. Ish ish~

Bile dah abis makan pe sume, pastu sesi bergambar arr plak. Ni sesi untuk pengantin, bersama keluarga, keluarga besar, cousins, makcik pakcik.
Habis sume bergambar.
Part ni arr yang paling best kalau nak tau.
Kalau nak tau, sedara mara or to be exact, keluarga besar kami memang jenis tak malu.
Selamber mati arr orang kate.
Part ni nanti korang nengok jerlah picca kat bawah...
So, bile dah abis bergambar & jam menunjukkan 1445. So beransurlah kami semua tinggalkan pengantin untuk pergi solat Zuhur kat masjid yang kitorang pergi semalam tu & terus pulang ke rumah.
Seperkara lagi before lupe, mase kenduri belah perempuan ni, bapak aku, PakAchik, bapak kepada Sugar Daddy & beberapa lagi *tak ingat sape, tak dapat pergi sebab terlalu sebok dengan urusan yang tak dapat dielakkan di belakang rumah.

So, gambar jerlah seterusnyer ceritekan.

Ni adalah barang hantaran untuk pihak perempuan.
Brapa dulang ntah. 10 kot.

 Haa! Hensem tak aku? Hahaha~
Ni time before kene naik keter pergi ke seberang balik ni. Hehe~

Ni mase berarak nak pergi ke pengantin perempuan
Berkaca mata Ray Ban kau!

Ni masa dijumpakan

See? Aku sorang je yang lari tema. Haha.
Ado eden kesah?
Eyh! Mano Ray Ban Ko Sugar Daddy?? 

 Ni kaki kaki tukang bawak hantaran. Huhu~

Aku tak nampak kekok kan?
Maybe aku dah biasa tengok orang jadi pengapit, so, aku main bedal jer arr.
Nasib takde bende yang pelik pelik berlaku. Hahaha~
Aku time tu bersifat sangat rileks.
Siap lap peluh sendiri kot. Bukan pengantin. Haha~

Ni time tunggu nak orang pergi merenjis. Panas ouhh..
Aku siap kipas aku sendiri lagi time tu. Hahaha~
*ade aku tanya Sugar Daddy "panas ke". die cakap, mau tak panas.
Aku pa lagi, kipas die macam kipas satey kejap. Laju laju. Hahaha~
Seronok tul sebab orang lain mane leh wat pape kat aku.
Rileks sudeyhh~

 Ni mase sesi makan beradab *bagi mereka
Aku tak beradab mase makan. Lantaklah korang cakap pe pun. Huu~

Ni gambar family, tapi, PakChek tak dapat datang sebab urusan dirumah.

Ni yang aku cakap selamber gler tu. Hahaha~
Time ni senornyer, PakUsu & MakUsu nak duk sebelah sebelah jer, then PakTeh datang cakap kat pengantin *haa! bangun bangun bagi Busu ko duduk. Diorang teringin.
Hahaha~
Pastu, tu terus jadi macam ni. Hehe~

 Ni lah PakTeh & MakTeh.
PakTeh ni memang kamcing abis ngan PakUsu.
PakTeh ni memang selamber gler.
Memang riuh kalau PakTeh ni ade. Huhu~

Ni time ngan cousin cousin.
ekceli ade je lagi yang takde dalam picca ni.
Rase diorang takmo kot.

So, inilah pengantinnyer.
Sugar Daddy & Isteri terchente beliau.
Opss! should i call her Sugar Mummy too??
Hurmmm...............

~ Jaa ~

~ Tahniah Sugar DaddY ~

Cerita yang nak disampaikan ni mungkin dah kelihatan seperti sangat lama dan baru terhegeh-hegeh nak update segala bende. Ish ish. Terok cukup!!!
Pada Jumaat lepas aku bersama-sama adik-beradik aku yang lain pulang ke kampung di Negeri Sembilan sebab Sugar Daddy ade hari yang bersejarah yang hendak diukirkan di dalam kenangan beliau.
Kami yang dari oversea gerak pulang dengan awal pagi juga.
Tetapi, itu hanyalah percakapan yang dilontarkan, tetapi, tetap bergerak lewat dari biasa. Uhh~ Itu kebiasaan sebenarnyer. Hee~
Kemudian, kami breakfast dahulu baru bergerak ke kampung dengan hati yang girang untuk bertemu dengan sedara-mara yang lain sebab diorang dah sampai hari kamis lagi.
Kami gerak kalau tak silap pada jam 1040.

So, bermulalah perjalanan kami adik beradik dengan menggunakan 70% lebuhraya Utara-Selatan.
Selebihnya jalan biasa terus ke rumah Sugar Daddy.
Jam 1300 kami sembahyang di Masjid Tapah, lepas tu terus shoot ke Negeri Sembilan. Tiada lunch uhh time tu. Serius bapak punyer lapar semata-mata nak kejar masa ni. Sebab kami takut ketinggalan nak nengok hari sejarah Sugar Daddy.

Pe bende yang aku ngarutkan ni eyh?
Pe yang hari sejarah yang aku duk kecohkan sangat ni kan?
Hahaha~
Actually, Sugar Daddy nak kawen owhh..
Sugar Daddy ni lah yang akan sponsor kami tiap tiap tahun time raya dengan aktiviti aktiviti yang best iaitu *cousin nite out on 2nd day of syawal*. Mesti tiap tiap tahun die sponsor. Tu sebab aku gelarkan die Sugar Daddy. Hehe~

Sedara mara time tu kate kul 1730 nak gerak gi umah pengantin perempuan dah sebab takut lambat sampai. Perjalanan tak silap dekat sejam lebih gak arr baru sampai. Leh tahan jauh die. Huhu~
Tu yang kami kene save time semata-mata nak sampai tepat pada waktunyer. Nak pergi sendiri memang tak arr kan. Rumah pengantin perempuan pun tak tau kat mane. Huhh~
Kami bergerak pada kadar kelajuan yang ditetapkan oleh kerajaan. Jangan laju laju nanti kene saman. Sapa mau bayar? Haa! Masak kau! Haha~

Then, kami sampai kat rumah Sugar Daddy around 1740 kot. Nasib diorangpun tak gerak lagi. Yang best, kate kul 1730, tapi gerak kul 1830 gak. Ish ish.
So, dengan masa yang ada akupun pergi arr mandi and bersiap siap pe sume. Selamat kau. Kalu tak busuk busuk pergi majlis. Wekk!

1830 sumepun bergeraklah berkonvoi untuk Sugar Daddy untuk pergi akad nikah.
Kami konvoi dalam 8 kereta kalau tak silap.
Bergerak dengan penuh kegembiraan uhh.
Sebab kitorang macam tak caya jer yang Sugar Daddy dah nak kawen. Ish ish.
Gerak gerak dan terus bergerak.
Kamipun sampailah kat salah sebuah masjid kat area rumah bakal pengantin perempuan nih untuk solat maghrib dulu.
Pastu baru gerak pi rumah bakal pengantin perempuan.
Dah selesai pe sume kamipun geraklah pi rumah perempuannya.
Sampai jer, wuhh! Satu kampung duk berkampung sambut kami. Haha~
Gilerlah. Memang cuak duhh kalau aku yang jadi pengantin ni. Mau gugup aku time nak meng'akad nanti. Hehe~
Nasib bukan aku lelakinyer. Wuhh! Lega lega!!!
Dah sampai kami pun duduk duduklah pe sume sambil tunggu pak imam nak datang rumah untuk melangsungkan upacara. Nak tau?!!! Hahahaha~
Bukan Sugar Daddy sorang je yang akad nikah malam tu. Masuk Sugar Daddy orang yang KETIGA kot. Perghh! Memang ramai arr yang kawen malam ni. Hehee~
Pastu, bile pak imam dah sampai, diepun mulakanlah upacara.
Memanggil 2 orang saksi yang adil *owh! bapak aku jadi saksi kedua untuk Sugar Daddy kawen ni. Slalu sangat bapak aku jadi saksi, macam dah lali jer aku nengok. Dulu mula mula nak dijadikan saksi macam takut takut jer, skrang senang, orang panggil untuk jadi saksi, bapak aku ok kan saja. Huhu~
Pastu, pak imam terang terangkan semua isi kandungan yang tertera kat kertas pe bende ntah, pastu, bagi tarbiah skit kat Sugar Daddy pastu, bagi ke ayah pengantin perempuan untuk dijadikan tukang nikah.
Kalau nak dilihatkan, Sugar Daddy sangat tenang, serius! Tenang giler even kiri kanan, depan belakang, celah celah tingkap dengan handphone nak record & amik gambar, tetapi, ayah kepada pengantin perempaun yang nampak lebih nervous. Huhu~
Kami dah senyum senyum time tu. Takpelah.
Untuk akad nikah Sugar Daddy kene 2 kali akad.
Sebab akad pertama diminta diulang kerana saksi pertama tak berapa dengar dengan lafaz Sugar Daddy.
So, untuk kali kedua lulus!!!
Semua orang mengucapkan *Alhaldulillah. Bukan tahniah ye! Lepas baca doa baru ucap tahniah. Bagi berkat dulu. Hee~
Lepas baca doa pe sume yang sangat panjang, kedua dua pengantin pun mulakanlah sesi batalkan wudhu', dan sesi sarungkan gelang dan cincin utk kedua dua pihak. *gelang untuk perempuan, cincin untuk lelaki.
Pastu, pa lagi! Salam salam arr makcik pakcik sume dan sesi photography.

Then, kami yang bukan nak di ambil gambar ni di jemput untuk makan juadah yang dah disediakan.
Aku time tu memang lapar tahap gler punyer, bayangkan just breafast je yang aku makan. Mana leh tahan dong sampai kemalam. Pa lagi pekene arr makanan diorang. Tak kire sedap ke tak, deria aku hilang time tu. Janji dapat makan dah syukur giler. Haha~

Pastu, dah habis makan pe sume, kamipun pulanglah kerumah Sugar Daddy, sebab banyak lagi urusan nak kene buat and siapkan.
Kami sampai kat rumah pun tak silap around 2300 kot.

Re3n, Tuan Qilaf & Me waiting for others

Time ni my mum ask us suh naik keter mane yang kosong jer. Huhu.
Car pool kan bagus, jimat!

 Time ni tak silap tengah tunggu pak imam nak datang. So, kami main snap snap je gambar. Huhu~

Ni masa perbincangan dengan dua dua pihak. Tak tau pe yang diorang duk sembangkan. Hee~

Time ni Sugar Daddy tengah akad nikah. Kanan skali berkopiah tu my daddy. Huhu~ 
Baju hijau tu pak imam & bersongkok hitam baju biru tu ayah kepada pengantin perempuan.

Erk! Sabar MakLong. Jangan gigit jari tengah akad ni. Belom selesai lagi. Huhu~
Yang kiri bawah skali tu mak kepada Sugar Daddy. Huhu~
Ni sebahagian kaum hawa yang ada.

Terlupa 1 part, time ni Sugar Daddy tengah lafaz ikrar pada pengantin perempuan.

Masa pakaikan gelang pada isteri tercenta.

Semasa sarungkan cincin

Gambar seterusnya adalah semasa kami ditugaskan untuk menyelesaikan tugasan tugasan yang perlu dilakukan oleh sedara mara.
Tidak kira tua mahupun muda, kami pasti akan duduk serumpun dan membuat bersama sama.
Gelak tawa semua pasti terasa, penat lenguh sama sama dihadapi.
Memang ini yang kami akan lakukan setiap kali sedara mara yang akan ke gerbang perkahwinan.
Seronok! Bukanlah tiap tiap bulan or tiap tiap hari kami dapat buat sama sama.
Ini cumalah sekali dalam seumur hidup untuk setiap sedara yang kawen.

Ini semasa sedang packing barang nak dijadikan souvenir untuk hadirin yang akan datang nanti.

Owh! Ini biasa arr kan. Mesti arr bergambar jer lebih. Hehe~
Kejer tetap buat ye! Paling banyak tau!

Dalam bekas bulat kecik banyak banyak tu adalah coklat.
Disponsor oleh kazen aku yang duk kat Key Ill.
Sangat banyak ok!
Kalau korang nak rasa mai arr rumah aku, ade je coklat tu.
Sampai tak termakan makan pun ade. Huhu~

Stakat ni je dulu untuk edisi akad nikah & souvenir.
Next entry would be the resepsi bagi pihak perempuan.

~ Jaa ~

Wednesday, December 29, 2010

~ Saya Tak Kata Saya Hebat ~

Luahan jujur dari seorang manusia yang bergelar LELAKI.

Aku bukanlah seorang lelaki yang perlu ditabik mahupun ditunduk hormat sentiasa.
Aku bukanlah seorang lelaki yang TERlalu budiman untuk dicontohi.
Aku bukanlah seorang lelaki yang tiap kali perlu dimaki dan dihamun dikhalayak umum.
Aku bukanlah seorang lelaki yang boleh memuaskan kehendak semua kenalan.
Aku bukanlah seorang lelaki yang perlu disanjung tinggi oleh rakyat walaupun diri aku ini tinggi orangnya.

Aku cube untuk mengelak dari melakukan perkara-perkara yang jahil.
Aku cube untuk membuat perkara-perkara yang membolehkan aku rasa tenang dan bahagia.
Aku cube untuk menjadi insan yang boleh dibanggakan.
Aku cube untuk menjadi insan yang disenangi oleh kenalan.
Dan aku juga cube untuk menjadi insan seperti orang lain sama seperti kamu.

Saya Tidak Kata Saya Hebat.
Jika kau seorang yang rapat dengan diri aku dan jenis tidak kesah orangnya.
Barulah kau tahu siapa sebenarnya diri aku.
Dari perkara A hinggalah ke Z pasti kau tahu aku ini orangnya jenis yang bagaimana.
Diri aku yang tidak mudah untuk diperbodohkan.

Elakkan daripada membuat tanggapan yang tidak bersih.
Elakkan juga daripada melakukan kejahilan.
Elakkan daripada melakukan perkara-perkara yang boleh mengaibkan seseorang.
Memburuk-burukkan seseorang memang perkara yang tidak boleh diterima.
Aku mahupun kamu.

Aku tidak kesah siapapun yang membaca.
Dari kenalan mahupun stalker tak diundang.
Yang pasti ini luahan yang boleh dicatit didalam buku mahupun minda.
Jika ada "buku" yang hampir hangus, eloklah jika diganti dengan "buku" yang baru dan bersih.
Elakkan berprasangka yang boleh menimbulkan nafsu-nafsu syaitonnirrajim antara kita.

Sekali lagi, Saya Tak Kata Saya Hebat.
Tetapi, aku suka untuk memberi nasihat.
Jika di buka catitan lampau, banyak aku kaitkan perkara-perkara ini.
Walaupun Sungguh aku sendiri pun kadang-kadang tidak melakukannya.
Tetapi, sebagai seorang hamba di bumi, memang kelakuan kita sebegini.

Akhir catitan, jika tidak faham dengan penulisan.
Pergilah tuntut dengan yang lebih arif.
Ingat! Elakkan dari berprasangka buruk dan andaian sendiri.

~ Jaa ~

Wednesday, December 15, 2010

~ BudI ~

Budi?
budi bahasa?
adakah budi bahasa itu teman baik seseorang?


Budi?
Budi bahasa?
Kenapa “ia” perlu bersama dengan manusia?

Tidakkah “ia” patut bersama-sama dengan benda hidupan yang lain?
Kenapa mesti manusia yang perlu dikejar dan didampingi?
Kadang-kadang manusia menjadi rimas. Rimas!

Rimas dari segala aspek.
Rimas dari segi dalaman dan juga luaran.
Rimas yang tidak berpenghujung.

Segala pertuturan akan menjadi kebinasaan.
Segala percaturan pasti akan musnah.
Segala-galanya akan terkubur begitu sahaja.

Tetapi, mengapa “ia” masih dengan jiwa yang bernama manusia?
Kenapa tidak dengan hidupan-hidupan yang lain?
Argh!! Kerunsingan.

Runsing dari semuanya.
Segala yang diinginkan pasti akan hilang.
Hinggakan deria perasaan menjadi satu.

Jiwa perasaan menjadi tidak menentu.
Hati yang tenang menjadi ribut.
Pemikiran yang indah menjadi gelap.

Jika seruan Ilahi dapat didampingi.
Segala kekucar-kaciran dapat dihindari.
Jika ini dapat diamalkan, pasti hidup menjadi aman dan tenteram.

Kadang-kadang apa yang berlaku hanyalah mainan yang dirancang.
Biarkan apa yang mungkin terjadi.
Amik iktibar dan sebagai pengajaran di dalam hidup.

Apa yang di catit bukanlah tidak kena dengan penulis.
Sekadar hiasan dan pelajaran.
Agar hidup lebih teramal dan tersusun.

Akhir kata tiada berpenghujung.
Tamat bicara begitu sahaja.
Indah dalaman indah luaran, Indah rupawan indahlah bahasanya...

~ Jaa ~

~ Lama Tidak BerkaryA ~

Mega pancaran bersilau-silau.
Putaran berpaksi Timur ke Barat.
Malam “berbentuk” indah menyeri.
Tumbuh-tumbuhan bergoyang bertambah sepi.

Buah yang elok menjadi keutamaan.
Wajah yang girang, hati yang tenang.
Bila dikopek, kepala tersengguk.
Disangkakan “perfect” tetapi sangkaan.

Buah dadu dibaling-balingkan.
Membuat taruhan menjadi pilihan.
Yang dikejar tak dapat bertaburan.
Yang dikendong habis berciciran.

Kita hidup di dalam pelbagai bangsa.
Warna kulit dan juga bahasa.
Pertuturan dilempar mengikut suka.
Sesudah habis badan binasa.

Ulam pucuk ulam diraja.
Enak dicicah bersama sambal belacan.
Sungguh manis berkata-kata.
Umpama baldu menjadi idaman.

~ Jaa ~

Monday, December 13, 2010

~ Akhirnya Ada Juga PetunjuK ~

*terjadi pada December 12th 2010

Benda ni aku dapat time mase aku open or lebih mudah difahami time aku online...
When i open up my facebook.
Opps!

U has received one message from the taiko Facebook...

UghH!!
Aku pun, ok. Takdak hal arr message message ni.
Aku pun openlah.
Ermmm…
Pelik.
Musykil.
TAHNIAH pada diri sendiri…
Opss!
Whats up dad???
Erkk! Akhirnya, ada juga yang bertindak diluar kawalan mereka ni ya.
Susah betol dunia skrang ni.
Tak boleh dirunding langsung.
Bertindak dengan kata hati bukan dengan kata akal.
Kalau aku tak suka kat someone takdelah aku wat papepun.
Cz, at the end bertegur sapa juga aku dengan die or mereka tu dan mintak maaf jugak masa musim perayaan and akhirnya kawan jugak.
Silent is the best way for me to hide everything. Seriously.
Silent here is not tekan tekan pape at anybody’s page. Ugh!

Terbukti sudah pasti ada yang tidak suka aku.
Its fine. At least ada juga bende yang aku tau dari “”””mereka mereka”””” ini yang tak puas ati dengan aku.
Fine. Im good. Very Good.
Takde bende yang nak dilentingkan kat sinipun.
*big sigh!



Terbukti message tu untuk aku. Bukan untuk orang lain. Memang tak salah lagi.
Mari perhatikan nombor nombor yang tertera kat dalam picca tu.
From number 1-5.



1) Aku rase takde plak and tak pernah plak aku upload picca picca yang menimbulkan any violate kat sesiapa.. kalau diorang jeles, mungkin arr. Ermm…


2) Yang ini. Aku rase bersepah kat luar sane yang main copy copy & pulish kat wall diorang. Aku dah berkurun lamenyer tak buat bende bende tu. Aku banyak main ayat sendiri jer yang dibina oleh aku sendiri. Any probs with that statement? Come and tell me, so that we can talk and find the solution with my statement.

3) Pornography? Perghh! Celah mane plak aku nak gune bende bende ni? Profile page aku sendiripun tak pernah nak tayang “fu**”. Sedangkan plak aku nak komen kat orang orang sekeliling. Perghh! Ini melampau. Betol! Aku tak suke gune ayat ayat mencarut ni. Kalau aku nak mencarutpun aku tak gune ayat tu sume yang memberatkan bahu kiri aku, tapi aku gune ayat yang lain yang sama sekali lain maksud die. Tu cara aku mencarut Tapi aku tetap tak mencarut ye!

4) Insulting people around us is normal for me. Tambah tambah yang bergelar KawaN, Sedara marA. Cz diorang ni aku rase takde bende yang nak dikesahkan. Diorangpun tak kesah dengan aku. Normal lah pada semua. Kamu kamupun ade je buat sume ni. Aku lagilah. Kalau kalau post yang diorang buat tu bende yang boleh kite hentam. Pergh! No hard feeling arr babe! Ish ish~

5) Yang ni aku tak tau nak describe macam mane. Yang ni terpulanglah pada yang Berjaya menekan dan komen ke pengasas Facebook.

Sedikit pesanan buat kamu yang Berjaya buat sume ni dekat aku.
Nak kesian, susah. Simpati lagilah susah. Aku ni jenis hati batu gred A.
Kepala keras gred B+.
Kalau tak puas ati sangat, remove saja friend dari page kamu. (angguk angguk kepala)
Tak perlu nak tekan tekan “report/block this person”… (geleng geleng kepala)
Senang. Tak payah korang nak mereka cipta ayat nak report pasal aku. (thumbs up)
Tak payah susah susahkan aku nak baca message tak gune tu pastu nak follow sume bende yang ntah pape jer...
Plus, takdelah nanti aku publish kat wall aku tu nanti muncul kat home ko. Nanti kate semak plak. Adehh~ (angguk angguk kepala)

Ape? Tak mau remove? Nanti kate obvious sangat? (terbeliak mata aku)
Alahh.. Ni yang penyakit nih. Hurmm..
Takpa takpa. Aku tak amik kisahpun. Nak still “friend” kat friend list ko tu, ok. Takde masalahpun. No harm done. Aku ampunkan kamu lagi adalah.
Tapi, MIND UR OWN BUSINESS dahlah. Tak payah nak kecoh kecoh tekan tekan kat page aku. (angguk angguk kepala)
Adehh…
Masalah sungguh orang macam ni.
Simple! And I think it is the best way for us to achieve the mission. (thumbs up babey!)
OK?!
Kepada yang berbuat demikian. Terima kasih banyak banyak.
Aku TERsangat menghargainya dan moga anda dicucuri rahmat dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki. (tadah tangan)

Terima Kasih…

*kalaulah takde message ni. Takdelah aku nak taip panjang panjang macam ni nak bagi korang baca. Aduhh...

*hurmm… malam ni tito kene baca doa pelindung agar mereka ini tidak berjaya menembusi wall wall yang dibina oleh aku oleh anasir anasir buasir luar yang berprasangka buruk terhadap aku.

*aku sikitpun tak tension dengan apa yang terjadi. Marahpun sebenarnyer takde. Taktau nak cakap perasaan aku mase dapat and tulis bende ni. Maybe im tooo “CooL”??? ahahaha.. Hurmm… susah nak bicara bila masa aku ni jenis takde perasaan.

*baca dengan perasaan korang sendirilah ye. Nak baca dengan nada marah marah ke, lemah lembut ke, takde perasaan macam aku ke. Ikutlah. Nak kate aku tak marah, japgi kate aku munafik plak. Hurmm… tapi, yang pasti, aku memang takde perasaan mase tulis bende ni. Terpulang kat korang nak baca segala bagai jenis skalipun.

~ Jaa ~