Saturday, December 11, 2010

~ Sistem PengawalaN ~

Pada minggu lepas..........
Ermmmm......
BUkan buKan mInggu lepas......
Tak sampai seminggupun lagi, cz ari Isnin kene.
Aku mengalami ceceret beberet yang agak terok gak arr.
Bayangkan ye *sedikit tak senonoh
Start aku bangun Subuh around jam 0630 camtu,
Perut aku PerGhHH!!! Kemain lagi ohh!
Sakit die serius tak boleh ditanggung lagi.
Bayangkan aku duduk dalam toilet tu dekat 30 min.
Subuhpun hari tu lambat kul 0700 baru solat. Haha~
Pastu melarat lagi, 1-2 kali lagi pas solat baru tito.
Tapi serius! Aku akan masuk ke toilet boleh kate setiap 30 min kot.
Baru keluar toilet, masuk balik. Tak larat wa cakap sama lu orang oooooooo.....
Tapi, yang betoi betoi buat aku lemah time tengahari, tak silap kali yang ke-11 aku masuk toilet. Hahaha~
Siap kire kau! Huhh! Tak senonoh cukup! Ceith!
Start kali ke itulah aku hari tu jadi lemah selemahnyer.
Selera makan yang kuat giler ni pun abis lari tak tau kemane.
Kejer aku hanyalah tito sentiasa. Tu pun tak lena kot. Kejap kejap nak kene bangun masuk mane?
Masuk Toilet!
Lagi lagi lagi lagi lagi lagi lagi lagi lagi TOILET.....
Lagi lagi TOILET.......
Tapi, hari tu aku tak pergi jumpa doktor lagi.
Cz, aku rileks dulu. Kalau kalau ada ok.

Tibalah pada malam harinya.
Dah tetiap hari aku tito lambat, tapi malam ni aku tito awal.
Before 0100 kot dah aku golek keletihan.
Tapi, malam tu aku tak dapat tito, kejer aku bangun dan masuk toilet setiap 2 jam ye.
Seksanya hanyalah ALLAH yang tahu.
Perghh!
Sampailah aku orang pertama bangun solat subuh pagi tu (6th December 2010) sebab aku bangun kul 0535.
Aku duk berhajat dalam toilet sampai jam 0550 kot. Time ni mama & bapak dah bangun dah tengah tunggu nak masuk toilet. Hehehe~
Pastu, dah settle pe suma, akupun selesaikan seruan, pastu harapan nak sambung titolah balik sebab tak larat giler. Then, aku cube lelap, tapi perut kata toilet cepat! Cepat!
Pagi tu aku tak boleh titopun. Dalam jam 0730 aku duduk je kat krusi depan dengan muka yang sememeh giler+layu+kulai+masham. Ahaks!
Rileks dan rileks sambil nengok tivi...

Pastu mama tanya ada ok kah?
Mestilah tarak ok mama. Haha~
Pastu akupun pergi arr Clinic.
Mula mula nak pergi klinik Damai, doctor ni cina. Pernah pergi skali jer.
Ubat die pun kire ok. Sehatlah...
Tapi, pagi tu die tak bukak lagi. Klinik die bukak jam 0900, time waktu tu 0810. Erghh! Awal kot.
Pastu pergi klinik satu lagi.
Name klinik ni Klinik Dan Surgery Guna. Klinik India.
See! Die Guna Guna orang. Hehehe~ Gurau saja! Haha~
Nasib die bukak. Pastu tunggu & masuk.
bagitaulah die pe sume sakit sakit.
Die tanya dah brapa kali ceceret beberet?
Aku pun bagitaulah masuk tadi before datang dah 18 kali saya masuk toilet.
Die macam. Ahh! Sedikit terkedu. Hahaha~
Sungguh! Wa tarak tipu lu arr doktor. Cayalah sama gua. Gua kira tiap kali wa tunaikan hajat ni ooooooo... Hahaha~
Pastu die suh baring kat krusi pastu die pun check arr.
Tekan perut tak hagak hagak! Sampai usus menari nari kot kekiri kekanan. Adehh~
Nasib mase jumpa doktor tu perut betoi betoi kosong. Huhu~
So, takdelah terkeluar kat klinik tu. Ahahahaha~
Pastu, dah abis check, doktor cakap ni adalah keracunan makanan.
Adehh~ Akupun pelik. Aku takdepun makan kat luar. Celah mane aku makan racunpun tak tau. Ermm! Maybe ade makanan yang tak sedap perut nak tanggung kot.
Pastu die nak bagi MC, eden pun gtau ler, Errrr.. I dont work.
Then ok, dah tu kuar amik lerr ubat. Then balik rumah.
Wuhh~ 3 hari aku baru baik dan pulih sepenuhnya dengan makan ubat Doktor Guna Guna. Hehe~
Disebabkan itu jugaklah aku tak dapat nak update blog dan aku online pun kejap kejap je.
Banyak masa aku dipenuhi oleh tito yang sempurna.
Sekarang dah sihat. Lebih dari sehat.
Hahaha~

Dan disebabkan itu jugaklah sekarang ni sistem pemakanan aku terkawal.
Sebelom ni kejer aku makan jer...
Tak kire siang, pagi, malam, tengah malam, pagi buta. Memang perut aku kejer makan jer.
Mulut memang orang kate tak reti reti nak duk senyap. Pasti ade something nak dikunyah & ditelan.
Lepas kejadian tu, skrang ni aku makan 2-3 kali je sehari.
Tu pun Tengahari, makan petang dan malam.
Malam pun aku pasti akan makan before 2200.
Dah takde lepas waktu tu walaupun teringin nak makan. Hahaha~
Jadi, hikmah disitu supaya menjaga pemakanan agar tidak terjadi sebarang kemungkinan yang boleh memudaratkan kesihatan lagi.

Owh! Seperkara lagi. Aku ni jenis tak kesah makan pe pun. Just tolak batu kayu & bende yang TAK Halal jer. The rest? Aku bantai jer. Huhu~
Tapi dalam bantai bantai tu pun aku akan pasti bende tu tak terlalu berminyak dan pelik sangat. Hehe~
Kalau tak aku pasti akan pedap dengan tissue sampai rase puas ati.
Tu kepantangan aku skit.
Sekian...

Seperkara lagi before betoi betoi end. Akibat ceceret beberet aritu, berat badan aku terus susut 1.5kg kot. Perghhh... Memang kempis arr perut aku yang boyot ni. Hahaha..
Tapi sayang! Skrang dah naik balik kepada asal. Dah tak dapat perut macam aritu, slim slim comei lote.. Hehe~


Menanggung Keperitan
Hahaha~


~ Jaa ~

Thursday, December 9, 2010

~ Sedikit Perihal Diri SendirI ~

Secara jujurnya aku mahu melontarkan satu persoalan yang bermain di kotak fikiran.
Tidak kesahlah anda yang membaca ini tertonggeng dibatang hidung sendiri or tidak.
Sebabnya aku sekadar mahu mempersoalkan perkara ini.
Secara jujurnya juga aku tidak ada niat untuk menyinggung perasaan sesiapa melalui perkataan, perbuatan, pangkat, darjat, umur, hubungan antara kita.
Ini sekadar luahan antara aku dan juga blog ini.

Secara jujurnya, aku memang suka berkias kiasan.
Tidak suka untuk berterus terang.
Tidak suka menengking nengking.
Tidak suka meluahkan apa yang terjadi.

Jadi, aku hanya memendamkannya walaupun ia menyakitkan hati aku.
Tapi aku tidak kesah sebabnya, perkara perkara yang menyakitkan hati aku itu HANYA akan bertahan selama 2-3 hari sahaja.
Selepas itu aku akan kembali kepada keadaan asal.
Normal.

Kamu?
Aku tidak marah lagi.


Dosa yang terjalin?
Hapus begitu sahaja.


Kerana apa?
Kerana aku memaafkan setiap umat di dunia ini pada setiap malam.

Malah aku meminta semoga dimurahkan rezeki dan dilimpahkan kurnia dan darjat.
Mudah mudahan.

Memang benar kita berbeza.
Perasaan kita lain lain.
Masing masing punya penghayatan berbeza.
Maksud yang berbeza.
Penilaian yang berbeza.

Tetapi, janganlah dibangkitkan perkara sedemikian lagi terhadap aku.
Dan juga jangan mengingatkan perkara sedemikian kepada aku lagi.

Memang benar, kadang kadang penulisan yang berbentuk OR berbaur unsur unsur seperti mahu menghentam seseorang itu akan kelihatan oleh aku.
Itu cuma perasaan syaitonirrajim yang menghasut akan hati umat ISLAM supaya memecahbelahkan keadaan.

Tetapi, beberapa kemudian harinya, ada aku umumkan kepada rakyat dengan apa yang kamu terjadi kepada aku beberapa ketika dahulu?
Tiada.

I repeat! TIADA.
Kias kiasan yang hanyalah sering disalah ertikan dan layu begitu juga tanpa persoalan yang jelas.

Demikian juga dengan apa yang terjadi.
Persoalan yang ingin dilontarkan adalah.
Salahkah untuk seseorang umat itu untuk menyuarakan permasalahan secara kias kiasan?
Salahkah ia disisi masyarakat kita?
Dihentam dengan penilaian penilaian yang tiada unsur yang jelas lagi nyata?

Fikir fikirkan.



Aku tidak mengambil hati dengan apa yang terjadi.

Malah aku menyokong dengan apa yang dilakukan.
Hidup bahagia tetapi hati dan kotak pemikiran tidak tenteram.
Kombinasi yang boleh menyebabkan jiwa menjadi kacau bilau + stress + marah marah.

Apa function?
TIADA...

Itu sahaja
~ SekiaN ~


*Sila Baca Dengan Nada Yang Tenang Kerana Penulis Tidak Ada Perasaan Marah Marah
Baca Dengan Tenang Dengan Hati Yang Tenteram*

~ Jaa ~

Friday, December 3, 2010

~ Hang Out Bersama Keluarga Di MAHA 2010 ~

Pada hari Selasa yang lepas, bapak aku kemain excited lagi nak pergi MAHA 2010 kat MAEPS, Serdang.
Bapak siap suh amik kat pejabat awal, & kate tak kesah pe yang jadi, kene pergi gak. Hahaha~
Semangat sungguh ok!
Mana taknya, keluarga Pak Usu aku yang duk kat Key Ill pun dah pergi Ahad lepas.
Ish ish, orang jauh plak yang boleh pergi dulu. Macam mana nih? Adehh~ Malu malu... Haha~

Then, bile bapak dah balik, solat solat pe sume, bersiap bersolek, then pergilah kami sekeluarga iaitu Mama, Bapak, Sis Re3n & Aku.
Kami pergipun around 1530 kot. KOT ye!

Time kami sampai tu wuhh! Serius! Even hari Selasa ok! Hari orang bekerjapun boleh seramai inikah?? Diorang tak pergi kejer ke??? Hurmmm.............
Then, kamipun carilah parking yang berbayar RM3 sahaja.
Oklah, cz, masuk MAHA free, just bayar parking ticker jer. Very affordable ok!

Pastu, kamipun turun & mulalah journey kami kat sana.
First gerai yang kami singgah ialah gerai yang sangat famous ye!
Kalau sape tak tau, serius! Korang ni memang tak celik dengan keadaan semasa.
Gerai yang kami singgah ialah,
Ni yang aku maksudkan yer readers!
Gerai nangka gergasi.
Yang nombor nombor korang duk nampak tu kalau aku tak silap berat untuk nangka tu
See??
Gler berat ok!

 Pas tangkap gambar ape sume, kamipun jalan jalan lagi.
Bapak aku sebok nak pergi kat Dewan Besar Maeps.
Cz, kat situ arr yang banyak gler pameran yang best best untuk ditengok.
Untuk pergi kesana kene naik bus shuttle yang dah disediakan.
Kalau korang nak jugak jalan kaki, no hal arr! Samada korang boleh bertahan kaki tuh, or cabut tengah jalan then korang kutip balik kaki kaki yang tercabut tuh. Hahaha~
Dapat bayangkan eyh? Bagus!!!
So, kami naik shuttle bus No3.
At first bus ni berhenti kat depan Muzium Nenas.
Sebab orang bus tu cakap jalan serius jam nak mati kat depan sana sebab ada menteri duk lalu.
So? Mau tak mau kami sume yang ade dalam bus tu pun turun arr.
So!

Ni pintu gerbang untuk ke Muzium Nenas.
Jangan risau, Muzium ni depan jalan jer. Pasti korang akan jumpa punyalah!

Amik picca dulu! Haha~
Seronok tul dapat bergambar ye!
So, ni adalah maskot untuk Muzium Nenas nih.
Hati hati! Tajam Ok!!

Haa! Lupa nak bagitau, time kami duk tunggu bus tu, tetibe hujalah pulak. Bukan renyai renyai ye!
Sekali gedebussshH! Lebat kau! Nah hamik!
Dan disebabkan itulah "sediakan payung sebelum hujan". Tu yang kami praktikkan pada hari tu. Hehe~
Habis banjir merata rata tempat. Nasib aku pakai selipar jamban jer, kalau tak? Nahh! Habis lencun arr...

Kemudian lepas bergambar kat luar tuh, kamipun masuk arr ke dalam. Wahh! Sangat sejuk ok! Air-cond+basah basah disebabkan hujan+angin disebabkan cuaca hujan diluar. Perghhh! Mengancam arr babe!
Kat dalam muzium tu segala jenis info mengenai nenas habis dibongkarkan. Seronok!
Macam macam aku pelajari, info kewujudan nenas kat pasaran dunia sejak kurun ke brapa ntah lagi habis disebarkan. Best! & Segala jenis bentuk rupa nenas pun ada tau! Jangan ingat nenas tu bujur, duri duri kaler hijau or kuning jer.. Kaler merahpun ade. Duri jemput jemput pun ade, duri macam kaktus pun ade tau!
Haa~

Ni baju diperbuat oleh nanas ye...

Ni lah info mengenai nanas yang di marketkan di pasaran dunia
Owh! Sapa kata Key Ill Tower tu tinggi gler gler dari aku??? Sapa Sapa???
Haa! Satu info menarik dari picca ni,
Lihat Key Ill Tower tu dari bawah, dari pandangan aku Key Ill Tower tu diilhamkan oleh nanas.
Percayakah anda????

Whos from Yankees raise ur hand!???
Come on people!
Just raise ur hand, thats all.
Opps! Sorry! Hehe~
Nama nanas ni sama dengan kelab baseball pujaan hati aku.
New York Yankees... Hehe~

Disebabkan cuaca di luar hujan yang sangat lebat, kami terpaksa berkampung sementara di dalam muzium untuk reda seketika walaupun hujan renyai renyai.
Then, bile hujan dah reda skit, kamipun keluarlah dan tunggu bus yang lain untuk pergi ke Dewan Utama.
Kami tunggu, dan terus tunggu then muncul satu bus ni. Kamipun naiklah yang bernombor 3.
Eyh! Bus ni bawak kami pergi semula ke tempat yang kami mula mula naik bus yakni kat tempat masuk tuh. Adehh~ Then, bapak tanya orang bus tu, die kate kalau nak pergi ke Dewan Utama tu kene naik RapidBus.
So, kamipun tukarlah bus. Haha~
Dalam 5-7 min, kamipun sampailah.
Nampaklah Dewan Utama tu jauh di atas bukit yang tinggi tersergam macam astronaut punye makmal. Hahaha~
Tetapi, kat bawah ni banyak gerai duk juai juai bunga. Macam macam bunga ada, lawa lawa plak tu. Serius!

Ni antaranya.
Putih! Aku suka!
Warna Fav aku nih.
Nampak tak lantai duk basah.
Tu bukan basah basah biasa ye!
Tu banjir sebenarnya. Hahaha~
Sapa kata Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Melaka ja banjir?
MAEPS tempat yang tinggipun banjir tau!
Adehhh~ Pelik pelik!

Time ni aku duk meronda arr ngan kakak, bergambar, cari makan, baru naik ke atas iaitu Dewan Utama.

Nampak tak bangunan tu?
Macam astronaut punyer makmal kan???
Ni OTW nak naik atas. Tinggi jugak ok.
Tapi, tak memenatkanpun. Jangan risau.
Orang tua boleh jugak mendaki.

Ni kat depan Dewan A
Kat MAEPS ni ada 4 Dewan Besar ye.
Sumenyer lain lain pameran. Best!
Bayangkan ada berapa ribu jenis pameran duk tayang kat pengunjung?? Haa~

Kamipun pusing pusing pusing jalan jalan jalan
Amik picca amik picca amik picca
Buat muka jakun jakun jakum abis
Makan Makan Makan Free
Minum Minum Minum Free
Gelak puas puas
Hatipun jadi riang

Ni Sis Re3n Ngan bapak yang tengah senyum
Hensemkan bapak aku?
Sapa kata bapak aku tua?
Muda tuh.. Hehe~

Ok!
Satu soalan, burung hantu ni replika or hidup?
Jawab dengan jujur. HUhu~
Burung hantu ni memang hidup ok dalam sangkar ni.

Ni bile dah takdak kejer, dengan air terjun ni pun jalan jerlah amik picca sambil pegang padi.
Hehe~ 

Tengah tengah duk pusing, tetibe ade reporter cameraman dok amik picca.
Aku pun macam eyh! Apa hal ni, nak kene tinjau ni.
Hahaha~
Tengok tengok PakLah ngan Noh Omar duk wat lawatan sambil makan free.
Hehe~


Seperkara lagi before aku lupa, kalau korang ternampak akan makanan ni jangan lupa BELI!!!
SEDAP OK! Harga just Rm5 jer.
Yang penting ialah BUATAN MALAYSIA DAN DIJAMIN HALAL.

Pastu, duk pusing pusing lagi sampai kaki ni serius penat nak mati kot! Haha~
Then, gi makan, pas makan kamipun nak chow arr cz waktu tu dah menunjukkan jam 21++.
So, kamipun chow naik RapidBus nak ke tampat kami tiba semula.
Pastu, kami belum pulang kerumah lagi ye.
Kami singgah kejap kat Abang Giant cz mama nak beli barang skit.
Tapi, anak lelaki mama & bapak ni yang lebih lebih duk angkut barang ye. Hahaha~
Pastu, kamipun balik arr ke rumah.
Perghh... Perjalanan yang sungguh memenatkan tetapi riadah yang menggembirakan kami sekeluarga...

Haa! Kat sini aku nak bagi tips skit kalau kalau korang teringan plak nak pergi kan MAHA 2010 ni.
Aku bagi tips ni tersangatlah berguna untuk korang ye! Serius!
i) Pakai pakaian yang gelap i.e hitam, biru gelap. ni bukan apa, ni just nak mainkan peranan sebagai pelindung korang bile korang duk berpeluh, bile korang tengah peluh baik "punya", pasti akan melekat kat baju korang kalau cerah ye! then, kantoi arr nanti korang peloh sakan. nanti kalau nak raise armpit camno??? Haa~ nanti nak amik picca camno?? haa~ sapayang tak lawo? ekau jugak tau! ahahaha~
ii) Pakai selipar. ini bukan apa, bile korang pakai kasut or heels yang tinggi tinggi 5-7 inches tu, tak ke takpasai pasai hujan lebat, abis arr kaki korang duk berendam dalam kasut tu & for heels, nanti tak pasai pasai korang gantung kat leher or hidung korang. pasai pa? haa! sebabnya, korang dah tau tau yang MAHA ni besar nak mati, nanti abis cabut cabut kuku kaki tulang korang reput. ahhaaha. mau mau kalau heels ALDo or promavera kan? hehehee~
iii) Bawak payung. < haa! skrang ni petang petang mesti hujan. so, seperti pepatah melayu berkata "sediakan payung sebelum hujan" ye>
iv) Pastikan perut anda kosong dan wallet cukup cukup untuk bayar parking ticket. < haa! ni bukan apa ya. ni serius. bile korang kat MAHA, janganlah makan, sebab pe? sebab tengah tengah korang duk jalan PASTI ada jer makanan & minuman untuk diberi. so, korang dah kenyang ye  kat situ & bagi sape sape nak jimat taknak keluarkan duit, bawaklah duit yang sedikit jer ye. hehehe~>
v) Pastikan anda bawak kamera or battery handphone penuh. ini tersangatlah penting sebab korang kene amik picca setiap perkara yang korang kunjung or perkara perkara yang menarik dilihat pandangan korang sebagai kenang kenangan..
vi) Pergi dengan hati yang gembira. < ni kalau hati tak tenang, marah marah, janganlah korang pergi. sebab pe? sebab nanti korang lagi akan terasa stresssssss! nanti tak pasai pasai korang meronyan plak kat MAHA. masuk plak tivi muke korang. hahahaha~ >

So, tu jer tips and cerita untuk MAHA 2010 yang aku sekeluarga pergi buat lawatan.
Sangat Fun and happy k!
Owh! Terlupa, hari tu aku tak dapat pergi kawasan ternakan haiwan disebabkan hujan dan waktu yang tak mencukupi. Kalau ada masa, aku nak pergi lagi. This time nak pergi kawasan ternakan plak. Hehe~
MAHA 2010 tamat hari Ahad ni, December 5th 2010 ye!
Bagi sesiapa yang boleh pergi tu, pergilah. Serius korang akan rasa seronok jer walaupun penat. Ingat! Pergi dengan hati yang tenang dan gembira, jangan ada perasaan marah, baran ye! Kawal sebolehnya. Hee~

~ Jaa ~

Sunday, November 28, 2010

~ Suka Duka Rakan KitA ~

Entry kali ni dikhaskan kepada kenalan kenalan aku.
Memang benar dalam hidup kita ada yang suka dan ada juga yang duka. Cume, bende tu terjadi bila masa kite tidak sedar or tidak dijangkakan.
Yang suka kompom kompom lagi suka kalau dah tau akan berlaku,
kalau yang duka? Mesti perkara ni berlaku bila kite tidak sedari or dijangkakan.

Pada 21st November 2010 yakni pada minggu lepas dimana sahabat aku yang bernama Norsyahirah Binti Ahmad Khaidar, datuknya telah meninggal dunia semasa melakukan Haji di Makkah Al-Mukarramah...
Perkara ini aku dapat message dari sahabat aku yang seorang lagi.
Akibat sebab musabab datuknya meninggal dunia tidak aku ketahui kerana beliau terus menyepi setelah mendapat berita tersebut.
Jadi tidak eloklah jikalau aku kelihatan seperti memaksa untuk tahu juga, cukuplah sekadar memberi text takziah kepada beliau.
Mungkin Allah lebih sayangkan Datuknya.
Diharapkan anda sekeluarga dan sedara mara anda dapat menerima dengan hati yang redha.
Maaf, datuknya aku tidak tahu akan namanya.

- Al-Fatihah -

Perkara kedua, perkara ini memang benar benar aku tidak sangka dan juga amat mengejutkan aku kerana ayah kepada Sharulnizam Bin Madon telah meninggal dunia pada 27th November 2010 pada jam 0500.
Kenapa aku tersangat terkejut kerana, pada malam tersebut aku sedang chatting dengan die. Bertanyakan khabar. Dan tetiba die kate yang die nak bagitau sesuatu pada aku, akupun katalah "apa bende". Tetiba die tulis yang ayah die sedang sakit tahap kritikal. Disebabkan masalah lemah jantung dan juga buah pinggang.
Aku tersangat terkejut ok! Serius! Die cakap ayah die dah masuk hospital dah hampir seminggu sejak Hari Raya Haji lagi.
Perkara ni tersangat menyentuh jugaklah aku sebab die ni kire bestfren aku jugak.
So, takde ape yang dapat dilakukan lagi.
Mungkin Allah lebih sayangkan beliau daripada terus melihat ayah kamu terus menahan sakit yang dihadapinya. Tak sempat aku nak pergi ziarah ayah beliau di hospital kerana aku memang dah berniat nak pergi ziarah pada hari sabtu or ahad ini. Setelah mendapat berita ini, aku agak terkelu seketika.
Diharapkan Sharulnizam kuatkan semangat, tabahkan hati, berdoalah dan sedekahkahlah surah Yasin agar ayah kamu ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Mudah mudahan. Aminn. Doa seorang anak adalah lebih tinggi darjatnya...

- Al-Fatihah -

Tadi aku telah berbicara mengenai perkara perkara yang agak menyedihkan, sekarang kita beralih kepada perkara perkara yang ada sifat sifat kesukaan pulak. (ada ke inbuhan "kesukaan"?? ermmm...)

Perkara ini ada kaitan juga dengan saudara Sharulnizam Bin Madon dimana kakak beliau pada Raya Haji juga jikalau tidak silap telah melahirkan seorang baby! Baby girl!
mesti comel walaupun aku tak dapat lagi nak nengok wajah baby girl tu.. Huhu~
Ada orang tua tua berkata, hilang satu pasti akan berganti satu yang baru.
Mungkin kehadiran baby girl tersebut telah menggantikan pemergian ayah beliau.
Walaupun memang nyata lebih terang yang pemergian ayahmu itu tidak sama dengan kehadiran yang baru.
Tetapi, mungkin ini suratan yang telah ditakdirkan oleh Allah s.w.t....
*nama baby girl tu lupa plak nak tanya. hehe~ maybe next time kalau keadaan dah reda dan kembali pulih seperti sedia kala.

Perkara kedua, owh!
Pada 27thNovember 2010 pada jam 2000, aku, kakak dan juga mama pergi ke Klang kerana keluarga Encik Rafix buat doa selamat. Doa selamat untuk siapa? Dan untuk apa?? Haa~
Mungkin kelihatan aku ni seperti kepochi skitkan.. Ngahaha~
Dah aku nak update blog yang bercerite ni, so, dah memang memang arr ade kaitankan. Hehe~
Doa selamat ni dibuat keatas adik kepada Encik Rafix dimana adik perempuan beliau itu akan berkahwin tidak lama lagi, so, majlis ni diharapkan adik Encik Rafix akan mendapat kesejahteraan keatas pernikahan beliau tidak lama lagi.
So, kami pergi kesana dan sampai ke sana pada jam 2045. Walaupun jalan sikit jam kat Puchong tuh and nak menghala ke Shah Alam skit, tapi the rest, sumenyer lancar dan boleh memecut pada kelajuan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. Sebab pe? Sebab mama sebelah aku. So, asyiklah mengeluarkan siaran radio yang lebih kuat dari radio yang sedia dibuka tu. Adehh~ So, kene pandu mengikut Had Laju Yang Telah Ditetapkan. Hehe~
Bile sampai, kami salam salam yang patut, pastu lepak pelak jap baru gi makan. Ramai sungguh yang hadir ke rumah beliau pada malam nih. Tak menang tangan Encik Rafix dan parentsnya nak melayan tetamu tetamu yang hadir. Sabar saja yea!
So, dah abis makan & wat house tour sebab mama Encik Rafix ajak bersiar siar didalam rumah beliau yang baru saja siap direnovated.
Pastu, kami pulanglah kerumah. Dan tiba kat rumah around 2315 kot. Ntah, tak pasti plak time tu bile. Hurmmm.....
So, moga moga pernikahan adik Encik Rafix akan berkekalan sehingga ke akhir hayat bersama bakal suami yang tersayang + terchenta. Aminn...


Ini Encik Rafix
Suh die pandang, tapi stengah sebok melayan tetamu

Ni kakak yang paksa suh amik picca aku
Hehe~

One more picca and done!

So, itu saje cter aku. Mana mana "Rakan Rakan" kita yang sedang menghadapi kesusahan or mane mane "Rakan Rakan" yang menghadapi kedukaan, kite bantuilah setakat mana yang mampu. Jika tidak dapat bantu dengan tenaga kite, mungkin kita boleh memohan hajat dengan berdoa diharapkan diberikan kesejahteraan keatas beliau dan dimurahkan lagi rezeki yang sedia ada, dan mana mana "Rakan Rakan" kite yang sedang menghadapi kesukaan, eloklah jikalau berpada pada. Kerana didalam kesukaan pasti ada kedukaan.

~ Jaa ~

Saturday, November 27, 2010

~ Bagai Panda Mengamuk NgamuK ~

Arghh! Semenjak dua menjak ni tak taulah kenape tito aku sangat ganazZZz!
Ish ish~ Pelik binti musykil nih.

Sebelom ni aku tito tersangatlah sopan, bagai nyamuk nak hisap dara *darah pun senang ajer. Haha~
Owh! Bilik aku tiada nyamuk. Hee~ Jangan jeles. Mane tak nyer, bilik sejuk bedekung! 24-26 darjah celcius tetiap malam. Macam kat Cameron Highlandlah plak kan. Hehe~
Nyamuk masukpun terus tercabut sayap die, lipas lalupun boleh beku, kucing mengaum *meow pun boleh jadi tugu Negara dah. Ish ish~

Bermenjak menjak nih, aku tito bagaikan panda yang menggaanazzz di ladang macam nak cari tebu yang manis macam anak dara tuh. Perghh! Sedap plak tebu ni. Nyummy!

Macam ne aku boleh perasan yang aku tito macam tu?

Haa! Aku tidak diberitahu oleh parents aku or adek beradek aku or even rakan rakan sebab aku di rumah so, celah mane plak nak member member bagitaukan. Haha~ Tapi, aku tau sendiri.

Macam ne aku boleh terperasan adalah setiap hari aku akan tito pada jam 0230 keatas. 0230 tu pun paling awal arr. Biasa jam 0300 & paling lewat 0430. Then, bile tito tu pasti aku akan terjaga dalam jam 0500 or 0530 or 0630, & bile aku bangun tu eyh! Susunan cara aku tito tadi berubah ye. Sampai penah ada satu malam tu (satu malam jer yer) habis sume bantal bantal aku campak kat bawah. LUCKILY laptop aku skali aku tak campak ke bawah sebab aku terjaga sentuh laptop tuh. Huhu~ Means campak kat sini adalah menepis or menolak ye. Nak plak aku campak barang tengah tengah malam membuta tito. Itu mengigau namenyer bukan tito yang ganaazzz.. haishh~ Owh! 0630 tu memang kene bangunlah ye cz solat subuh.

Owh! Aku tetiap malam before tito mesti bawak laptop kat atas katil sebab boleh rileks rileks, baring baring, golek golek & terus tito. Kan senang. Tak perlu aku letak kat atas meja study and tak perlu duduk kat kerusi yang keras macam krusi batu yang menyakitkan badan tu.. Tehee~

Haa! Berbalik pada perenggan 6 (wahh! Macam wat karangan skolah rendah jer),
Dan disebabkan itu jugaklah, aku kene berubah untuk tidak tito ganaz ganazzzz lagi. and it works! Yeah!
I made it! Now i can sleep as usual. Tanpa menepis nepis barang barang aku yang ade di atas katil.
Aku tito tersangat sopan skrang ni. Kalau korang nak tau, haa! Mai tito atas katil aku, cube korang nilai camno eden tito ni haaa.. Hahaha~
Eden kompom arr ekau suma tito nyonyak punyo.. Gerenti! Ahaha~
Silap silap aribulan bangun esok lebam kat muke muke badan badan.. Ahaha~

*Maap, takdok gambaor untuk entry kali ni. Hehe~*

~ Jaa ~

Friday, November 26, 2010

~ Cousin Day OuT ~

Tarikh yang bertarokh November 25th 2010, aku plan ngan cousin nak pergi nengok muvie. Tak kesah arr cter pe pun asalkan dapat nengok muvie sesama. Hahaha~

Banyak cter kami pertimbangkan, mula mula cter 2 Alam, pastu Ngangkung then harry Porter.
Last last aku check secara online cter pe je yang tak fullhouse, haa! cter ngangkung.
Kmai pergi nengok muvie ni kat Mid Valley since kat situ jerlah yang boleh dikirekan sebagai tempat yang agak murah *means kat sini, murah adalah dari segi pembayaran tiket kereta masuk. Bukan murah dari segi harga tiket muvie. Tidak tidak!!! Harga muvie tiket lebih kurang sama jer ngan tempat tempat muvie GSC di Malaysia ni.
Owh! Ingin dimaklunkan juga, tempat yang aku paling suke nengok adalah GSC ye. Tidak TGV, MBO or Cineplex tuh. Sebab pe? Ntah. GSC sahaja pilihan yang aku akan pergi. Tapi, kalau dah takdak tempat lain yang aku pergi tu takdak GSC tetapi ada pawagam pawagam yang lain, tak kesahlahkan. Serbu jerlah.
Mungkin kualiti GSC tu yang tersangat berlainan dengan tempat tempat yang lain.

Hurmm.. Owh! Hari ni juga ada majlis pelancaran album Hujan kat Times Square. Tapi, aku tak dapat pergi sebab ada date ngan cousin aku ni. Hehe~
Rugi rugi!!!

Haa! Sambung balik cter aku yang mula mula tu ye. Hehe~
Cousin aku yang datang tu adalah Tuan Qilaf Ibrahim dan juga kakak beliau Myza Ibrahim. Owh! Aku tidak keseorangan kerana kakak aku jugak turut serta.
Disebabkan pada hari ni pada belah petang hujan agak lebat sebenarnyer, so, perjalanan cousin aku untuk pergi ke Mid Valley tu agak tergendala seketika sebab beliau naik motor, kau naik kereta. So, aku ni memang tak kesah arr bab nak gerak ni. Anytime babey! Tehee~
Then, cousin aku ni call arr kate kite kene delay kejap ni sebab kat Key Ill hujan lebat.
Kami planned jumpa kat Mid Valley jam 1530. Cz, pergi awal dapat beli tiket duduk blakang blakang. Then, kami cadang nak main bowling skali.
Then, dah delay, so, perjalanan kami agak lambat arr dari biasa. Tidak mengapa asalkan plan kite berjalan. Hehe~
So, around jam 1530 camtu baru Tuan Qilaf call kate hujan dah stop. Terus shoot arr aku ngan kakak ke Mid walaupun time dah tunjuk jam 1600. Hehe~
Cousin aku yang sampai lebih awal tolong belikan tiket untuk kami.
Kami nengok cter pe?? Haa! Kami nengok cter ngangkung jam 1745.
Cter ni. Serius! Best! Kelakar dari awal sampai abis sampailah yang kuar bende bende ucapan tuh. Sapa producer, penyunting filem pe bende ntah lagi.
Disebabkan kami beli tiket agak lambat, nak tau kami duk mana? Hahhh! Bukan diatas lantai ye rakan rakan, tu dah melampau arr kan. Hahaha~
Kami duduk seat yang 3 row paling depan kot. PErghh!! Dahlah aku ni tinggi, jenuh duk melangut nengok cter nih. Hahaha~
Bagi keseluruhan cter ni aku bagilah rating die dalam 4/5... Kire tinggi gak arr bagi aku menilai cter ni.

Then, bile dah abis nengok cter ni, kami pi arr main bowling. Pergh! Ramai gler kot orang kat bowling ni. Sebab pe? Haa~ Sebab ada 2 big tournaments kat situ nga duk lawan. Nasib ada lagi lane yang kosong. So, kamipun main arr dengan 1 game jer..
Dalam game ni aku muncul juara dan membawa pingat emas untuk kontinjen Malaysia. Eyh!
Chop! Sorry. terbawak bawak plak Sukan Asia.. Hehe..

Pas main pe sume, cousin akupun balik arr. Aku ngan kakak gi arr jenjalan sampai kaki naik letih and mall pun nak tutup. Lama sungguh jenjalan. Sedar sedar dah jam 2200. Ish ish~

Ni picca untuk kami main bowling. Ni je yang ada.. 

Tuan Qilaf & Me

Me & My Sis

Lets See How I Throw That Dragon Ball

Ermm.. Faces  Of  Us

Am I At Japanese Place??? Hurmmm....

Lets Eat Fish *Fist

Tha Champions Score.. Tehee~

~ Jaa ~

Thursday, November 25, 2010

~ Cuci-Cuci Sikit Ape Yang Patut Tu OK ~

Owh!
This time bukan aku nak publish yang aku cuci lantai ke, cara-cara nak cuci muke yang berkerutu ni ke or even nak tunjuk cara-cara nak cuci kereta yang berdebu debu 5 inci tuh.

Tapi, apa yang aku nak bagitau ni hanya bende yang kite sering lalai dan ego yang tinggi nih tanpa nak tanya dengan lebih lanjut before membuat kenyataan or nas nas yang sohih dan betol.
Ni mentaliti rakyat kite skrang nih. Mantaliti yang tersangat suka membuat kenyataan kenyataa palsu yang akhirnyer menjadi satu penFITNAHan yang boleh memudaratkan lagi keadaan untuk ke dua dua pihak mahupun untuk kesemua pihak...
Dia hanya mendengar dari sebelah pihak yang telinganya ditutup oleh kain kain kapan terus menuding jari main tunjuk tunjuk "hahh! Dia arr yang cakap macam tu. Tak Guna!".

Mungkin orang ni ada sejarah hitam pada DULU DULU KALA, tapi, Dia terus akan mengenangnya sehingga sekarang tanpa memikirkan perkara perkara yang benar...

But then, bile orang ni buat baik senyap sedikitpun tidak berkata kata selama berbulan bulan or maybe bertahun tahun, then suddenly bile orang ni buat kenyataan yang pada DASARNYA hanyalah ayat kiasan tetapi tidak difahami oleh Dia terus menyabitkan orang ni kene diayat dan dicop sebagai "Tak GunA"...

Huhh! Biarlah mereka-mereka ini dari kalangan kalangan orang yang berdarjat mahupun berpendidikan yang tahap tinggi, tapi, kalau berperangai macam ni. Usahlah! Usahlah... Penat sahaja kamu bersembahyang 5 waktu sehari tidak termasuk solat solat sunat yang didirikan dan hanya kenyataan yang berbaur FITNAH, jadi sia sia sahaja kamu melakukan solat tersebut. SIA SIA!!! Malah dosa dosa orang ni pulak yang akan dipikul oleh Dia... Ringan sudah jadinya dosa orang ni. Ada baiknye juga ya! Ermm.....

Seeloknya, Dia HARUS cuci otak die sikit! Takpun CUCI apa yang patut agar menjadi insan yang boleh bertanyakan dahulu kepada kedua-dua pihak sebelom membuat kenyataan kenyataan yang mempengaruhi orang ramai... Ingat! Kamu hanyalah orang yang ketiga yang mendengarnya. Mungkin orang kedua itu berkata benar dari apa yang dibaca or didengar olehnya, tetapi, harus tahu! Mungkin ayat yang diberi or percakapan yang diucapkan tu kepada orang kedua hanyalah ayat kiasan semata mata kerana mahu menjaga air muka kamu kamu dan juga kamu!!! Ingat! Ayat kiasan tidak semuanya adalah ayat yang boleh dikatakan sebagai penipu...

Jadi, pesanan yang ringkas sahaja. Orang ni pun bukanlah bermaksud mahu memutar belitkan keadaan yang menjadi bahan cop *Tak GunA* tuh. Tapi, kalau hanyalah mendengar sedikit sedikit yang berbau hamis dari sebelah pihak, u may STOP NOW!!!
Search the correct one!
Janganlah kamu pulak yang di cop sebagai *Tak GunA* di lain hari.

Jangan jadi macam ni! Kencing berterabur macam Fitnah yang dilemparkan tuh


Jadilah insan yang mentalitinya bersih dari segala-gal perkara negatif



Kalau tak dapat jugak nak cuci mental tu
Cucilah guna mesin basuh korang tu
Mudah mudahan menjadi insan yang berguna dimasa depan dan sekali gus menjadi insan yang tak mudah melemparkan ayat ayat durjana

*Semuanya picca adalah sumbangan dari Akak Google Yang Cute Dan Manis*

Ini sekadar peringatan sahaja untuk semua yang membaca. Tidak ada kena mengena dengan manusia manusia yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

~ Jaa ~

Wednesday, November 24, 2010

~ Benda Yang Kita Rasa Seperti "Alahh . Sikit Jer PuN" ~

This would be quick one because i am sooooooo rabak right now. Hehe~
Actually the title given is something related to me and of course to you too. Yes, YOU! YoU & yOu!!! Hee~

Did u ever heard "sikit-sikit, lama-lama jadi bukit".
Haa! Bende ni lah yang korang korang selalu kurang beri perhatian, cz, u might say yang "alahhh... Sikit jerpun. Takdak bendelah..."..
See? Bende ni yang kite tak mahu ni. Ahaa.. Nampak ye?

Actually, this thing dah lame dah aku simpan. Mungkin nampak macam hahh! Bertahun tahun baru nak dapat banyak ni? Alohh.. Buang mase kot!
Tapi, bile kite sendiri yang simpan, biarpun bertahun tahun lamenyer, at least terasa wuhh! I made it people!
I can reach this much?! Wuhh! Such an unbelievable thing i can do. Hee~
Haa. Bende pe yang kau ngarut kan nih eyh?
Haa~
Actually, aku ni suke simpan duit syiling 1 cent & 5 cent.
Even 1 cent skrang ni dah takde lakunya cz dah dihapuskan kat Malaysia terchinta ni kan.
Tapi, i dont mind at all. I still want to keep it as my property.
Property? Hahaha.. No such worth it.
Eyh! Who knows right when i pass it to my child or grandchild. That would be something valuable things.
Hurmm..
Wanna see how much yang dah aku simpan selama bertahun tahun ni?

Lets the picca talk...

 Ni dah lebih dah dari separuh aku kire. So, banyak ni jer yang tinggal untuk diselerakkan.

Ni 1 cent yang dah tak laku untuk mase skrang ni

Bile dah habis kire, Mulalah kreativiti memonopoli keadaan
Cuba teka, aku bina apa???

Ni lah rupanya bile dah siap



Yeah! I made it people! J
 Its me with my collection 1 & 5 cents
Sila abaikan muka dan rambut aku yang buruks tu. Tehee~

Ni hasil aku simpan lebih dari 6-7 tahunlah.
Nampak macam sikitkan?
Actually sangat banyak...
Kalau nak cepat simpan seperti aku ni gi arr tukar kat bank.
Tapi, kepuasan tu tak kan korang dapat seperti aku. Hehe~
Sebab pe? Sebab 1 cent dah takde kat bank.. Hahahaha~
And ade lagi minat aku terhadap duit ni. Macam macam duit aku simpan.
Duit lama, duit luar negara. Pa lagi? Hurmm...
Tu jer kot terhadap duit nih. Tehee~
So, simpanlah demi masa depan anda dan juga untuk anak cucu cicit anda.
Sekian!

~ Jaa ~

Friday, November 19, 2010

~ Tragedi NovembeR 18 2010 ~

Merupakan Hari Raya Kedua untuk Hari Raya Aidiladha / Haji/Hajjah / Korban, aku terkejut dengan apa yang aku search & dapat.
Actually, it happens when i looked at my Feedjit Live yang tunjuk traffic traffic tu kan sape yang open/leave my blog tu kan.
Aku pun openlah bendealah tu. Biasa memang aku akan open bende tu tiap kali aku open blog, then suddenly aku ternampak ade orang search "Villa Rimbawan".
Akupun saje saje je nak search word tu kat Cik Google Yang Comel tu. Tup tup ade kuar link kosmo! online bende tu.
Aku pun macam excited arr nak open, bukak bukak jer, wahh! Masjid yang tak siap tu masuk akhbar Kosmo! kot. Ish ish~
Laju tul die update. Haha~
Mau tau macam ne akhbar tu?
Silalah rujuk di sini untuk maklumat yang lebih lanjut.

Ni akhbar yang beli semalam nih.
Masuk Sungguh kot
Haha~
Tapi tang ayat protes tu bukan sebenarnya.
Kami nak solat raya aidiladha dengan penduduk taman jer, bukan tanda protes beramai ramai yer.
Ayat kat situ tak sopan skit untuk dibaca.
Maaf...

Lepas je aku open Kosmo! online aku terus panggil kakak, mama, & bapak untuk tengok skali.
Then, mama aku dapat message dari sape ntah suh beli or nengok Kosmo! & sinar akhbar.
Aku pun openlah Sinar Online. Bapak aku kemain excited lagi nih. Hehe~
Samalah anak die pun. Haha~

Untuk akhbar Kosmo! tu, u guys try to spot me if u can. Cz, i was there people!
Hehe~ Tu jer motif sebenar. Hahaha~

Owh! November 18 2010 jugak kami sekeluarga pergi ke Nilai 3 sebab sume orang kampung berkampung ke sane. Jadi, disebabkan kami patut pulang ke kampung pada hari tersebut (kamis) tetapi kami tidak dapat pulang sebab bapak aku kerja hari ni (jumaat), so, kami tak dapatlah pulang ke kampung sebab ramai orang duk memanggil dipejabat tu nak berjumpa. Huhu~
Then, kat Nilai 3 tu, yang ada just, kami sekeluarga, Keluarga Pak Usu, Keluarga Makchek & Mak Achik sorang.
Kami pergi sane bukan apa, sebab Sugar Daddy kan nak kawen bulan December nih.
So, ni kire persiapan terakhirlah nak cari cari barang.
So, aku ye! Ahaa aku!
Pergi bukanlah suke suka, tapi, aku pun nak mencari barang jugak. Tapi, barang yang aku nak cari tu tak plak dimasuki so, aku just dapat rembat new carpet untuk bilik aku jer yang bertemakan "black & white". Hehe~
Lawa kot!
Mahu lihat?
Tunggu jerlah aku post bile aku betul betul dah siapkan bilik aku yer.
Dulu pun aku ade cakap jugakkan nak tunjuk bilik aku bile siap, tapi, ni belum siap lagi, so, kenelah tunggu ye sume sume. Tinggal sikit jer lagi. Hehe~
Pas puas memborong makcik makcik sekalian, kamipun pergilah ke Seremban plak sebab Mak Achik kate pergi makan kat rumah die.So, kamipun pergilah.
Owh! Time tu tunjuk around 1700 kot. Kami bertolak dari Nilai 3 pun dah dekat 16++ skit.
Pastu, dah makan makan sembang sembang buncit buncit solat solat, lepas Maghrib baru pulang ke rumah semula iaitu di Seri Kembangan.
Kami sampaipun dekat jam 2100.
Dalam sejam jer dari rumah MakAchik ni kalau ikut highwaylah ye. Hee~
So, dah sampai wat pe lagi?
Hurmm..
Online sajalah sampai tidoq.
So, end sudah cter aku yang karut nih...

~ Jaa ~

Wednesday, November 17, 2010

~ Setahun Sekali Mengikut Kalendar IslaM ~

Tanggal tiga puluh satu bulan lapan lima puluh tujuh.
Eyh eyh eyhh~
Ternyanyi plak lagu patriotik.
Ish ish...
Tanggal 17 November 2010 merupakan tarikh dimana semua rakyat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha/Haji/Korban... Wuhh~
Banyak sungguh nama yang ada untuk raya nih. Hihi~
So, pagi tadi aku bangun solat subuh dengan mata yang agak rabak gak arr cz, titonya malam tadi around 0345 kot. Area area tu arr. Then, pas solat, teringatlah plak nak send message raya kat semua orang baik member member SMKSS, IIC, UiTM, old friends, Lecturers. Wuhh~
Adalah dekat 65 orang aku send. Huhu~
Semangat nih nak raya! Sanggup taknak tidoq lagi semata-mata nak send. Huhu~
Then, tengah tengah nak tunggu kul 0800 tu nak tito arr kejap cz nak rilekskan mata nih.
Tup tup! Arghh!!
Cuba teka apa yang terjadi?
Soalannya;
Apakah yang terjadi kepada Mohd Nazree Bin Ibrahim selepas beliau tidur untuk merehatkan matanya itu?

a) terlajak tidurnyakah sehingga tidak pergi solat sunat Aidiladha?
b) terjatuh dari katilnyakah dan mengalami lebam lebam yang terok?
c) tidak boleh tidurkah akibat menghantar message raya?
d) diganggu oleh parentsnya sehingga beliau pergi mandikah?
e) dibelasah sampai bangunkah?

Sila jawab dengan jujur...
5saat diperuntukkan untuk menjawab soklan ini.

5.....
4....
3...
2..
1.

Jeng Jeng Jeng!!!
Jawapannya adalah...
A!!
Opps! Salah!

E!!!
Oppss!! Salah jugak!!
Jawapan sebenar adalah,
B!!!
Heyh! Bagilah i yang jawab. Abis sume nak bagi jawapan.
Mana aci dong~ Hishhh~

D jawapan sebenar.
YeayHH!!

Abis aku kene radio tanpa berbayar dan siaran percuma dengan mama aku pada mulanya. Lepas tu dah bapak aku dengar, bapak aku plak datang terjah terjah suh siap siap cepat.
Padahal awal lagi tuh. Cz, kalau aku target or set time nak bangun pukul brapa, janganlah dikejutkan seawal yang mungkin. Adehh. Tapi, takdaklah awal mana sangatkan. Adalah 15min awal. Huhu~
Then, aku pun bangunlah pergi siap siap nak mandi.

Pastu, dah siap pergilah solat raya.
Tapi! Aku tak pergi solat raya kat surau or masjid kat tempat biasa aku pergi, cz, hari ni special skit cz hari ni solat kat tapak masjid kat taman aku.
Tapak masjid ni tak siap siap sejak 2 tahun yang lalu lagi. But then, kitorang solat jugak dengan berbumbungkan khemah tajaan Jabatan Hutan.
Owh! Kami bukan solat biasa-biasa dengan penduduk taman tetapi ada juga orang besar yagn datang turut serta bersama-sama kami.
Mahu tahukah siapa beliau?

ADUN Serdang Dato' Haji Satim Bin Deman.
Ketua Polis IPD Subang Jaya
Superintendan IPD Subang Jaya
Pengerusi Taman
Ahli ahli jawatankuasa taman
Dan ahli ahli penduduk Villa Rimbawan...

See?? Sapa kata orang orang besar tak boleh solat kat tempat seperti tapak masjid yang hanya ada rangka tiang saja dan berlantaikan simen yang berlapiskan canvas. See???

InsyaALLAH masjid ni akan siap pada tahun hadapan.
Dengan sumbangan sumbangan yang diterima oleh pelbagai pihak dapat mempercepatkan lagi pembangunan Masjid untuk penduduk Villa Rimbawan ni dan juga penduduk setempat yang lain.

Hari ni jugak ada jamuan raya khas untuk penduduk Villa Rimbawan dimana Dato' Satim menderma sekor lembu untuk dikorbankan dan beliau jugak menyuruh untuk dimasak sekor lembu ni untuk sehari ni jugak. Perghhh! Bayangkan seketika k!
Kebiasaan pada kenduri kendara kawin, sekor lembu dilapah dan dimasak untuk berapa ratus orang murid murid?? Untuk 800-1000 orangkan.
Tapi, jumlah penduduk Villa Rimbawan hanyalah 3++ orang je. Leh bayangkan tak??
Tu pun bapak cakap lagi, 300 lebih tu belum lagi tolak orang yang ada darah tinggi dalam 50 lebih orang, budak-budak dalam 50 lebih gak. yang tinggal around 200 lebih jer. Nak makan tuh, perghhh! Memang melantak abislah kot! Haha~

Macam macam jenis lauk pauk dimasak. Ada yang buat sup berkawah kawah, daging masak kicap, gulai daging, apa daging lagipun tarak taulah. Wuhh. Kenyang cukup perot aku ni haa~ Burpp!
Opps! Sorry!
So, pada raya ni jugak sume orang (member member, cousin) balik kampung, tapi aku? Masih dirumah.
Tapi, jangan risau, kami sekeluarga akan pulang ke kampung pada kamis ini jika tiada apa apa masalah.

So! Sementara masih dibulan yang baik ini, aku nak mengumumkan bahawa aku ingin mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA / HAJI/HAJJAH / KORBAN
bagi seluruh umat Islam yang menyambutnya dan janganlah main mercun lebih lebih sangat.
Moga hidup kita semua diberkati oleh ALLAH s.w.t. dan dilimpahkan kurnia dan rezeki yang baik baik dalam hidup kita Aminn~

~ Jaa ~

Tuesday, November 16, 2010

~ 25 Hari Sudah, 10 Hari Juga SudaH ~

Owh! Tajuk entry kasi gempak skit. Gempak kah? Haha~
Entry kali ni kene mengena dengan apa yang terjadi.
Apa yang terjadi??
Jeng Jeng Jeng .........
Genap 25 hari blog aku tak terjah untuk diupdate. Yeay!!!
Apa pasyai aku sangat suka?
Ermmm! Sengal yuk! Adehh~
Bukan aku taknak update or write sumthing yang suppose aku entrykan kat sini. Hehe~
Cuma kemalasan tersangat meledak kat jiwa dan juga Jari-Jemari aku yang halus mulus ni.

Skrang aku dah rileks! Tersangat rileks!
Sebabnya aku dah pun tamatkan pelajaran aku di tahap Diploma.
Mengharapkan Semoga aku dapat sambung ke tahap Degree tanpa sebarang masalah yang akan timbul.
Mudah-mudahan. Aminn....
Kalau tidak ke-oversea-lah aku jawabnya sambung pelajaran. (berangan) Hehe~
Mula dengan angan-angan baru tercapai. Nak kene survey dah nih which country & which Uni should i go. Huhu~

Hurmmm....
Dan sekarang jugak dah cukup 10 hari aku merdeka sejak final exam aritu.
Terasa hilang sume beban beban yang aku pikul+tanggung semata-mata nak abis belajar. Girang rasanya hati ini dan juga jiwa ini. Owh! Bahasa pujangga seketika. Haha~
Final exam aku just amik 4 subjek sahaja. Dah itu je yang tinggal untuk final sem. Mana leh amik lebih-lebih. Mau pelik rasenyer.. Ish ish...
Dalam banyak banyak paper, 1 paper je yang jadi kerisauan aku sampai sekarang even dah lepas 10 ari lepas iaitu paper International Business. Damn!! Tak tau arr macam ne nak describe my expression terhadap paper tu duhh. Hurmmm... Mengharapkan yang terbaik jer untuk paper tu. The rest, ok oklah sampai terlebih confident pun ade. Tiap tiap sem macam tu. Terlebih confident arr, confident arr, result? Haa~ Hahaha~
Hanya rakan rakan yang tau. Adehh~
Nasib nasib.......

Cuti ni. Hurmmm.. Macam macam yang akan aku buat. Tapi, sumenyer bulan December nanti.
So, November month, i'm free! Yeah! I can go anywhere i like and wherever i like. Haha~
But, semenjak aku berada dirumah ni, mana je yang aku pergi? Dong Deng~
No Where! Ahahaha~ What ashamed! Damn!
Takpa, walaupun duit tengah kepok kepok ni dalam wallet, boleh jimat skit skit nanti nak menunggu bulan December nanti nih. Adehh~

Actually, i dont have any story to tell & i dont know what else to write... Hurmm..
Tak samakah? Entahlah. Haha~
So, end sini sajalah ye...

~Boleh Pandang Pandang~
~Jangan Pegang Pegang~

Wahh! Manyak Comel Arr Ini Mudak
Mana Lagi Boleh Dapat Ini Mudak SeComel Ini Lagi
Ahahahahaaha~

~ Jaa ~