Saturday, November 27, 2010

~ Bagai Panda Mengamuk NgamuK ~

Arghh! Semenjak dua menjak ni tak taulah kenape tito aku sangat ganazZZz!
Ish ish~ Pelik binti musykil nih.

Sebelom ni aku tito tersangatlah sopan, bagai nyamuk nak hisap dara *darah pun senang ajer. Haha~
Owh! Bilik aku tiada nyamuk. Hee~ Jangan jeles. Mane tak nyer, bilik sejuk bedekung! 24-26 darjah celcius tetiap malam. Macam kat Cameron Highlandlah plak kan. Hehe~
Nyamuk masukpun terus tercabut sayap die, lipas lalupun boleh beku, kucing mengaum *meow pun boleh jadi tugu Negara dah. Ish ish~

Bermenjak menjak nih, aku tito bagaikan panda yang menggaanazzz di ladang macam nak cari tebu yang manis macam anak dara tuh. Perghh! Sedap plak tebu ni. Nyummy!

Macam ne aku boleh perasan yang aku tito macam tu?

Haa! Aku tidak diberitahu oleh parents aku or adek beradek aku or even rakan rakan sebab aku di rumah so, celah mane plak nak member member bagitaukan. Haha~ Tapi, aku tau sendiri.

Macam ne aku boleh terperasan adalah setiap hari aku akan tito pada jam 0230 keatas. 0230 tu pun paling awal arr. Biasa jam 0300 & paling lewat 0430. Then, bile tito tu pasti aku akan terjaga dalam jam 0500 or 0530 or 0630, & bile aku bangun tu eyh! Susunan cara aku tito tadi berubah ye. Sampai penah ada satu malam tu (satu malam jer yer) habis sume bantal bantal aku campak kat bawah. LUCKILY laptop aku skali aku tak campak ke bawah sebab aku terjaga sentuh laptop tuh. Huhu~ Means campak kat sini adalah menepis or menolak ye. Nak plak aku campak barang tengah tengah malam membuta tito. Itu mengigau namenyer bukan tito yang ganaazzz.. haishh~ Owh! 0630 tu memang kene bangunlah ye cz solat subuh.

Owh! Aku tetiap malam before tito mesti bawak laptop kat atas katil sebab boleh rileks rileks, baring baring, golek golek & terus tito. Kan senang. Tak perlu aku letak kat atas meja study and tak perlu duduk kat kerusi yang keras macam krusi batu yang menyakitkan badan tu.. Tehee~

Haa! Berbalik pada perenggan 6 (wahh! Macam wat karangan skolah rendah jer),
Dan disebabkan itu jugaklah, aku kene berubah untuk tidak tito ganaz ganazzzz lagi. and it works! Yeah!
I made it! Now i can sleep as usual. Tanpa menepis nepis barang barang aku yang ade di atas katil.
Aku tito tersangat sopan skrang ni. Kalau korang nak tau, haa! Mai tito atas katil aku, cube korang nilai camno eden tito ni haaa.. Hahaha~
Eden kompom arr ekau suma tito nyonyak punyo.. Gerenti! Ahaha~
Silap silap aribulan bangun esok lebam kat muke muke badan badan.. Ahaha~

*Maap, takdok gambaor untuk entry kali ni. Hehe~*

~ Jaa ~

Friday, November 26, 2010

~ Cousin Day OuT ~

Tarikh yang bertarokh November 25th 2010, aku plan ngan cousin nak pergi nengok muvie. Tak kesah arr cter pe pun asalkan dapat nengok muvie sesama. Hahaha~

Banyak cter kami pertimbangkan, mula mula cter 2 Alam, pastu Ngangkung then harry Porter.
Last last aku check secara online cter pe je yang tak fullhouse, haa! cter ngangkung.
Kmai pergi nengok muvie ni kat Mid Valley since kat situ jerlah yang boleh dikirekan sebagai tempat yang agak murah *means kat sini, murah adalah dari segi pembayaran tiket kereta masuk. Bukan murah dari segi harga tiket muvie. Tidak tidak!!! Harga muvie tiket lebih kurang sama jer ngan tempat tempat muvie GSC di Malaysia ni.
Owh! Ingin dimaklunkan juga, tempat yang aku paling suke nengok adalah GSC ye. Tidak TGV, MBO or Cineplex tuh. Sebab pe? Ntah. GSC sahaja pilihan yang aku akan pergi. Tapi, kalau dah takdak tempat lain yang aku pergi tu takdak GSC tetapi ada pawagam pawagam yang lain, tak kesahlahkan. Serbu jerlah.
Mungkin kualiti GSC tu yang tersangat berlainan dengan tempat tempat yang lain.

Hurmm.. Owh! Hari ni juga ada majlis pelancaran album Hujan kat Times Square. Tapi, aku tak dapat pergi sebab ada date ngan cousin aku ni. Hehe~
Rugi rugi!!!

Haa! Sambung balik cter aku yang mula mula tu ye. Hehe~
Cousin aku yang datang tu adalah Tuan Qilaf Ibrahim dan juga kakak beliau Myza Ibrahim. Owh! Aku tidak keseorangan kerana kakak aku jugak turut serta.
Disebabkan pada hari ni pada belah petang hujan agak lebat sebenarnyer, so, perjalanan cousin aku untuk pergi ke Mid Valley tu agak tergendala seketika sebab beliau naik motor, kau naik kereta. So, aku ni memang tak kesah arr bab nak gerak ni. Anytime babey! Tehee~
Then, cousin aku ni call arr kate kite kene delay kejap ni sebab kat Key Ill hujan lebat.
Kami planned jumpa kat Mid Valley jam 1530. Cz, pergi awal dapat beli tiket duduk blakang blakang. Then, kami cadang nak main bowling skali.
Then, dah delay, so, perjalanan kami agak lambat arr dari biasa. Tidak mengapa asalkan plan kite berjalan. Hehe~
So, around jam 1530 camtu baru Tuan Qilaf call kate hujan dah stop. Terus shoot arr aku ngan kakak ke Mid walaupun time dah tunjuk jam 1600. Hehe~
Cousin aku yang sampai lebih awal tolong belikan tiket untuk kami.
Kami nengok cter pe?? Haa! Kami nengok cter ngangkung jam 1745.
Cter ni. Serius! Best! Kelakar dari awal sampai abis sampailah yang kuar bende bende ucapan tuh. Sapa producer, penyunting filem pe bende ntah lagi.
Disebabkan kami beli tiket agak lambat, nak tau kami duk mana? Hahhh! Bukan diatas lantai ye rakan rakan, tu dah melampau arr kan. Hahaha~
Kami duduk seat yang 3 row paling depan kot. PErghh!! Dahlah aku ni tinggi, jenuh duk melangut nengok cter nih. Hahaha~
Bagi keseluruhan cter ni aku bagilah rating die dalam 4/5... Kire tinggi gak arr bagi aku menilai cter ni.

Then, bile dah abis nengok cter ni, kami pi arr main bowling. Pergh! Ramai gler kot orang kat bowling ni. Sebab pe? Haa~ Sebab ada 2 big tournaments kat situ nga duk lawan. Nasib ada lagi lane yang kosong. So, kamipun main arr dengan 1 game jer..
Dalam game ni aku muncul juara dan membawa pingat emas untuk kontinjen Malaysia. Eyh!
Chop! Sorry. terbawak bawak plak Sukan Asia.. Hehe..

Pas main pe sume, cousin akupun balik arr. Aku ngan kakak gi arr jenjalan sampai kaki naik letih and mall pun nak tutup. Lama sungguh jenjalan. Sedar sedar dah jam 2200. Ish ish~

Ni picca untuk kami main bowling. Ni je yang ada.. 

Tuan Qilaf & Me

Me & My Sis

Lets See How I Throw That Dragon Ball

Ermm.. Faces  Of  Us

Am I At Japanese Place??? Hurmmm....

Lets Eat Fish *Fist

Tha Champions Score.. Tehee~

~ Jaa ~

Thursday, November 25, 2010

~ Cuci-Cuci Sikit Ape Yang Patut Tu OK ~

Owh!
This time bukan aku nak publish yang aku cuci lantai ke, cara-cara nak cuci muke yang berkerutu ni ke or even nak tunjuk cara-cara nak cuci kereta yang berdebu debu 5 inci tuh.

Tapi, apa yang aku nak bagitau ni hanya bende yang kite sering lalai dan ego yang tinggi nih tanpa nak tanya dengan lebih lanjut before membuat kenyataan or nas nas yang sohih dan betol.
Ni mentaliti rakyat kite skrang nih. Mantaliti yang tersangat suka membuat kenyataan kenyataa palsu yang akhirnyer menjadi satu penFITNAHan yang boleh memudaratkan lagi keadaan untuk ke dua dua pihak mahupun untuk kesemua pihak...
Dia hanya mendengar dari sebelah pihak yang telinganya ditutup oleh kain kain kapan terus menuding jari main tunjuk tunjuk "hahh! Dia arr yang cakap macam tu. Tak Guna!".

Mungkin orang ni ada sejarah hitam pada DULU DULU KALA, tapi, Dia terus akan mengenangnya sehingga sekarang tanpa memikirkan perkara perkara yang benar...

But then, bile orang ni buat baik senyap sedikitpun tidak berkata kata selama berbulan bulan or maybe bertahun tahun, then suddenly bile orang ni buat kenyataan yang pada DASARNYA hanyalah ayat kiasan tetapi tidak difahami oleh Dia terus menyabitkan orang ni kene diayat dan dicop sebagai "Tak GunA"...

Huhh! Biarlah mereka-mereka ini dari kalangan kalangan orang yang berdarjat mahupun berpendidikan yang tahap tinggi, tapi, kalau berperangai macam ni. Usahlah! Usahlah... Penat sahaja kamu bersembahyang 5 waktu sehari tidak termasuk solat solat sunat yang didirikan dan hanya kenyataan yang berbaur FITNAH, jadi sia sia sahaja kamu melakukan solat tersebut. SIA SIA!!! Malah dosa dosa orang ni pulak yang akan dipikul oleh Dia... Ringan sudah jadinya dosa orang ni. Ada baiknye juga ya! Ermm.....

Seeloknya, Dia HARUS cuci otak die sikit! Takpun CUCI apa yang patut agar menjadi insan yang boleh bertanyakan dahulu kepada kedua-dua pihak sebelom membuat kenyataan kenyataan yang mempengaruhi orang ramai... Ingat! Kamu hanyalah orang yang ketiga yang mendengarnya. Mungkin orang kedua itu berkata benar dari apa yang dibaca or didengar olehnya, tetapi, harus tahu! Mungkin ayat yang diberi or percakapan yang diucapkan tu kepada orang kedua hanyalah ayat kiasan semata mata kerana mahu menjaga air muka kamu kamu dan juga kamu!!! Ingat! Ayat kiasan tidak semuanya adalah ayat yang boleh dikatakan sebagai penipu...

Jadi, pesanan yang ringkas sahaja. Orang ni pun bukanlah bermaksud mahu memutar belitkan keadaan yang menjadi bahan cop *Tak GunA* tuh. Tapi, kalau hanyalah mendengar sedikit sedikit yang berbau hamis dari sebelah pihak, u may STOP NOW!!!
Search the correct one!
Janganlah kamu pulak yang di cop sebagai *Tak GunA* di lain hari.

Jangan jadi macam ni! Kencing berterabur macam Fitnah yang dilemparkan tuh


Jadilah insan yang mentalitinya bersih dari segala-gal perkara negatif



Kalau tak dapat jugak nak cuci mental tu
Cucilah guna mesin basuh korang tu
Mudah mudahan menjadi insan yang berguna dimasa depan dan sekali gus menjadi insan yang tak mudah melemparkan ayat ayat durjana

*Semuanya picca adalah sumbangan dari Akak Google Yang Cute Dan Manis*

Ini sekadar peringatan sahaja untuk semua yang membaca. Tidak ada kena mengena dengan manusia manusia yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

~ Jaa ~

Wednesday, November 24, 2010

~ Benda Yang Kita Rasa Seperti "Alahh . Sikit Jer PuN" ~

This would be quick one because i am sooooooo rabak right now. Hehe~
Actually the title given is something related to me and of course to you too. Yes, YOU! YoU & yOu!!! Hee~

Did u ever heard "sikit-sikit, lama-lama jadi bukit".
Haa! Bende ni lah yang korang korang selalu kurang beri perhatian, cz, u might say yang "alahhh... Sikit jerpun. Takdak bendelah..."..
See? Bende ni yang kite tak mahu ni. Ahaa.. Nampak ye?

Actually, this thing dah lame dah aku simpan. Mungkin nampak macam hahh! Bertahun tahun baru nak dapat banyak ni? Alohh.. Buang mase kot!
Tapi, bile kite sendiri yang simpan, biarpun bertahun tahun lamenyer, at least terasa wuhh! I made it people!
I can reach this much?! Wuhh! Such an unbelievable thing i can do. Hee~
Haa. Bende pe yang kau ngarut kan nih eyh?
Haa~
Actually, aku ni suke simpan duit syiling 1 cent & 5 cent.
Even 1 cent skrang ni dah takde lakunya cz dah dihapuskan kat Malaysia terchinta ni kan.
Tapi, i dont mind at all. I still want to keep it as my property.
Property? Hahaha.. No such worth it.
Eyh! Who knows right when i pass it to my child or grandchild. That would be something valuable things.
Hurmm..
Wanna see how much yang dah aku simpan selama bertahun tahun ni?

Lets the picca talk...

 Ni dah lebih dah dari separuh aku kire. So, banyak ni jer yang tinggal untuk diselerakkan.

Ni 1 cent yang dah tak laku untuk mase skrang ni

Bile dah habis kire, Mulalah kreativiti memonopoli keadaan
Cuba teka, aku bina apa???

Ni lah rupanya bile dah siap



Yeah! I made it people! J
 Its me with my collection 1 & 5 cents
Sila abaikan muka dan rambut aku yang buruks tu. Tehee~

Ni hasil aku simpan lebih dari 6-7 tahunlah.
Nampak macam sikitkan?
Actually sangat banyak...
Kalau nak cepat simpan seperti aku ni gi arr tukar kat bank.
Tapi, kepuasan tu tak kan korang dapat seperti aku. Hehe~
Sebab pe? Sebab 1 cent dah takde kat bank.. Hahahaha~
And ade lagi minat aku terhadap duit ni. Macam macam duit aku simpan.
Duit lama, duit luar negara. Pa lagi? Hurmm...
Tu jer kot terhadap duit nih. Tehee~
So, simpanlah demi masa depan anda dan juga untuk anak cucu cicit anda.
Sekian!

~ Jaa ~

Friday, November 19, 2010

~ Tragedi NovembeR 18 2010 ~

Merupakan Hari Raya Kedua untuk Hari Raya Aidiladha / Haji/Hajjah / Korban, aku terkejut dengan apa yang aku search & dapat.
Actually, it happens when i looked at my Feedjit Live yang tunjuk traffic traffic tu kan sape yang open/leave my blog tu kan.
Aku pun openlah bendealah tu. Biasa memang aku akan open bende tu tiap kali aku open blog, then suddenly aku ternampak ade orang search "Villa Rimbawan".
Akupun saje saje je nak search word tu kat Cik Google Yang Comel tu. Tup tup ade kuar link kosmo! online bende tu.
Aku pun macam excited arr nak open, bukak bukak jer, wahh! Masjid yang tak siap tu masuk akhbar Kosmo! kot. Ish ish~
Laju tul die update. Haha~
Mau tau macam ne akhbar tu?
Silalah rujuk di sini untuk maklumat yang lebih lanjut.

Ni akhbar yang beli semalam nih.
Masuk Sungguh kot
Haha~
Tapi tang ayat protes tu bukan sebenarnya.
Kami nak solat raya aidiladha dengan penduduk taman jer, bukan tanda protes beramai ramai yer.
Ayat kat situ tak sopan skit untuk dibaca.
Maaf...

Lepas je aku open Kosmo! online aku terus panggil kakak, mama, & bapak untuk tengok skali.
Then, mama aku dapat message dari sape ntah suh beli or nengok Kosmo! & sinar akhbar.
Aku pun openlah Sinar Online. Bapak aku kemain excited lagi nih. Hehe~
Samalah anak die pun. Haha~

Untuk akhbar Kosmo! tu, u guys try to spot me if u can. Cz, i was there people!
Hehe~ Tu jer motif sebenar. Hahaha~

Owh! November 18 2010 jugak kami sekeluarga pergi ke Nilai 3 sebab sume orang kampung berkampung ke sane. Jadi, disebabkan kami patut pulang ke kampung pada hari tersebut (kamis) tetapi kami tidak dapat pulang sebab bapak aku kerja hari ni (jumaat), so, kami tak dapatlah pulang ke kampung sebab ramai orang duk memanggil dipejabat tu nak berjumpa. Huhu~
Then, kat Nilai 3 tu, yang ada just, kami sekeluarga, Keluarga Pak Usu, Keluarga Makchek & Mak Achik sorang.
Kami pergi sane bukan apa, sebab Sugar Daddy kan nak kawen bulan December nih.
So, ni kire persiapan terakhirlah nak cari cari barang.
So, aku ye! Ahaa aku!
Pergi bukanlah suke suka, tapi, aku pun nak mencari barang jugak. Tapi, barang yang aku nak cari tu tak plak dimasuki so, aku just dapat rembat new carpet untuk bilik aku jer yang bertemakan "black & white". Hehe~
Lawa kot!
Mahu lihat?
Tunggu jerlah aku post bile aku betul betul dah siapkan bilik aku yer.
Dulu pun aku ade cakap jugakkan nak tunjuk bilik aku bile siap, tapi, ni belum siap lagi, so, kenelah tunggu ye sume sume. Tinggal sikit jer lagi. Hehe~
Pas puas memborong makcik makcik sekalian, kamipun pergilah ke Seremban plak sebab Mak Achik kate pergi makan kat rumah die.So, kamipun pergilah.
Owh! Time tu tunjuk around 1700 kot. Kami bertolak dari Nilai 3 pun dah dekat 16++ skit.
Pastu, dah makan makan sembang sembang buncit buncit solat solat, lepas Maghrib baru pulang ke rumah semula iaitu di Seri Kembangan.
Kami sampaipun dekat jam 2100.
Dalam sejam jer dari rumah MakAchik ni kalau ikut highwaylah ye. Hee~
So, dah sampai wat pe lagi?
Hurmm..
Online sajalah sampai tidoq.
So, end sudah cter aku yang karut nih...

~ Jaa ~

Wednesday, November 17, 2010

~ Setahun Sekali Mengikut Kalendar IslaM ~

Tanggal tiga puluh satu bulan lapan lima puluh tujuh.
Eyh eyh eyhh~
Ternyanyi plak lagu patriotik.
Ish ish...
Tanggal 17 November 2010 merupakan tarikh dimana semua rakyat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha/Haji/Korban... Wuhh~
Banyak sungguh nama yang ada untuk raya nih. Hihi~
So, pagi tadi aku bangun solat subuh dengan mata yang agak rabak gak arr cz, titonya malam tadi around 0345 kot. Area area tu arr. Then, pas solat, teringatlah plak nak send message raya kat semua orang baik member member SMKSS, IIC, UiTM, old friends, Lecturers. Wuhh~
Adalah dekat 65 orang aku send. Huhu~
Semangat nih nak raya! Sanggup taknak tidoq lagi semata-mata nak send. Huhu~
Then, tengah tengah nak tunggu kul 0800 tu nak tito arr kejap cz nak rilekskan mata nih.
Tup tup! Arghh!!
Cuba teka apa yang terjadi?
Soalannya;
Apakah yang terjadi kepada Mohd Nazree Bin Ibrahim selepas beliau tidur untuk merehatkan matanya itu?

a) terlajak tidurnyakah sehingga tidak pergi solat sunat Aidiladha?
b) terjatuh dari katilnyakah dan mengalami lebam lebam yang terok?
c) tidak boleh tidurkah akibat menghantar message raya?
d) diganggu oleh parentsnya sehingga beliau pergi mandikah?
e) dibelasah sampai bangunkah?

Sila jawab dengan jujur...
5saat diperuntukkan untuk menjawab soklan ini.

5.....
4....
3...
2..
1.

Jeng Jeng Jeng!!!
Jawapannya adalah...
A!!
Opps! Salah!

E!!!
Oppss!! Salah jugak!!
Jawapan sebenar adalah,
B!!!
Heyh! Bagilah i yang jawab. Abis sume nak bagi jawapan.
Mana aci dong~ Hishhh~

D jawapan sebenar.
YeayHH!!

Abis aku kene radio tanpa berbayar dan siaran percuma dengan mama aku pada mulanya. Lepas tu dah bapak aku dengar, bapak aku plak datang terjah terjah suh siap siap cepat.
Padahal awal lagi tuh. Cz, kalau aku target or set time nak bangun pukul brapa, janganlah dikejutkan seawal yang mungkin. Adehh. Tapi, takdaklah awal mana sangatkan. Adalah 15min awal. Huhu~
Then, aku pun bangunlah pergi siap siap nak mandi.

Pastu, dah siap pergilah solat raya.
Tapi! Aku tak pergi solat raya kat surau or masjid kat tempat biasa aku pergi, cz, hari ni special skit cz hari ni solat kat tapak masjid kat taman aku.
Tapak masjid ni tak siap siap sejak 2 tahun yang lalu lagi. But then, kitorang solat jugak dengan berbumbungkan khemah tajaan Jabatan Hutan.
Owh! Kami bukan solat biasa-biasa dengan penduduk taman tetapi ada juga orang besar yagn datang turut serta bersama-sama kami.
Mahu tahukah siapa beliau?

ADUN Serdang Dato' Haji Satim Bin Deman.
Ketua Polis IPD Subang Jaya
Superintendan IPD Subang Jaya
Pengerusi Taman
Ahli ahli jawatankuasa taman
Dan ahli ahli penduduk Villa Rimbawan...

See?? Sapa kata orang orang besar tak boleh solat kat tempat seperti tapak masjid yang hanya ada rangka tiang saja dan berlantaikan simen yang berlapiskan canvas. See???

InsyaALLAH masjid ni akan siap pada tahun hadapan.
Dengan sumbangan sumbangan yang diterima oleh pelbagai pihak dapat mempercepatkan lagi pembangunan Masjid untuk penduduk Villa Rimbawan ni dan juga penduduk setempat yang lain.

Hari ni jugak ada jamuan raya khas untuk penduduk Villa Rimbawan dimana Dato' Satim menderma sekor lembu untuk dikorbankan dan beliau jugak menyuruh untuk dimasak sekor lembu ni untuk sehari ni jugak. Perghhh! Bayangkan seketika k!
Kebiasaan pada kenduri kendara kawin, sekor lembu dilapah dan dimasak untuk berapa ratus orang murid murid?? Untuk 800-1000 orangkan.
Tapi, jumlah penduduk Villa Rimbawan hanyalah 3++ orang je. Leh bayangkan tak??
Tu pun bapak cakap lagi, 300 lebih tu belum lagi tolak orang yang ada darah tinggi dalam 50 lebih orang, budak-budak dalam 50 lebih gak. yang tinggal around 200 lebih jer. Nak makan tuh, perghhh! Memang melantak abislah kot! Haha~

Macam macam jenis lauk pauk dimasak. Ada yang buat sup berkawah kawah, daging masak kicap, gulai daging, apa daging lagipun tarak taulah. Wuhh. Kenyang cukup perot aku ni haa~ Burpp!
Opps! Sorry!
So, pada raya ni jugak sume orang (member member, cousin) balik kampung, tapi aku? Masih dirumah.
Tapi, jangan risau, kami sekeluarga akan pulang ke kampung pada kamis ini jika tiada apa apa masalah.

So! Sementara masih dibulan yang baik ini, aku nak mengumumkan bahawa aku ingin mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA / HAJI/HAJJAH / KORBAN
bagi seluruh umat Islam yang menyambutnya dan janganlah main mercun lebih lebih sangat.
Moga hidup kita semua diberkati oleh ALLAH s.w.t. dan dilimpahkan kurnia dan rezeki yang baik baik dalam hidup kita Aminn~

~ Jaa ~

Tuesday, November 16, 2010

~ 25 Hari Sudah, 10 Hari Juga SudaH ~

Owh! Tajuk entry kasi gempak skit. Gempak kah? Haha~
Entry kali ni kene mengena dengan apa yang terjadi.
Apa yang terjadi??
Jeng Jeng Jeng .........
Genap 25 hari blog aku tak terjah untuk diupdate. Yeay!!!
Apa pasyai aku sangat suka?
Ermmm! Sengal yuk! Adehh~
Bukan aku taknak update or write sumthing yang suppose aku entrykan kat sini. Hehe~
Cuma kemalasan tersangat meledak kat jiwa dan juga Jari-Jemari aku yang halus mulus ni.

Skrang aku dah rileks! Tersangat rileks!
Sebabnya aku dah pun tamatkan pelajaran aku di tahap Diploma.
Mengharapkan Semoga aku dapat sambung ke tahap Degree tanpa sebarang masalah yang akan timbul.
Mudah-mudahan. Aminn....
Kalau tidak ke-oversea-lah aku jawabnya sambung pelajaran. (berangan) Hehe~
Mula dengan angan-angan baru tercapai. Nak kene survey dah nih which country & which Uni should i go. Huhu~

Hurmmm....
Dan sekarang jugak dah cukup 10 hari aku merdeka sejak final exam aritu.
Terasa hilang sume beban beban yang aku pikul+tanggung semata-mata nak abis belajar. Girang rasanya hati ini dan juga jiwa ini. Owh! Bahasa pujangga seketika. Haha~
Final exam aku just amik 4 subjek sahaja. Dah itu je yang tinggal untuk final sem. Mana leh amik lebih-lebih. Mau pelik rasenyer.. Ish ish...
Dalam banyak banyak paper, 1 paper je yang jadi kerisauan aku sampai sekarang even dah lepas 10 ari lepas iaitu paper International Business. Damn!! Tak tau arr macam ne nak describe my expression terhadap paper tu duhh. Hurmmm... Mengharapkan yang terbaik jer untuk paper tu. The rest, ok oklah sampai terlebih confident pun ade. Tiap tiap sem macam tu. Terlebih confident arr, confident arr, result? Haa~ Hahaha~
Hanya rakan rakan yang tau. Adehh~
Nasib nasib.......

Cuti ni. Hurmmm.. Macam macam yang akan aku buat. Tapi, sumenyer bulan December nanti.
So, November month, i'm free! Yeah! I can go anywhere i like and wherever i like. Haha~
But, semenjak aku berada dirumah ni, mana je yang aku pergi? Dong Deng~
No Where! Ahahaha~ What ashamed! Damn!
Takpa, walaupun duit tengah kepok kepok ni dalam wallet, boleh jimat skit skit nanti nak menunggu bulan December nanti nih. Adehh~

Actually, i dont have any story to tell & i dont know what else to write... Hurmm..
Tak samakah? Entahlah. Haha~
So, end sini sajalah ye...

~Boleh Pandang Pandang~
~Jangan Pegang Pegang~

Wahh! Manyak Comel Arr Ini Mudak
Mana Lagi Boleh Dapat Ini Mudak SeComel Ini Lagi
Ahahahahaaha~

~ Jaa ~

Friday, October 22, 2010

~ Terima KasiH ~

Walaupun Selangor dah pun mencapai tahap Negeri Maju pada 2005 tahun yang lepas tetapi pembangunan tetap diteruskan.
Contoh terbesar yang berlaku di daerah aku ni iaitu Seri Kembangan, pembangunan terus dinaikkan seperti pasaraya, highway, perumahan etc..

Pada tanggal october 21st 2010, Pasaraya Giant dah open secara rasminya dan telah pun menjadi salah satu pasaraya tumpuan bagi penduduk setempat untuk membeli barang dan juga keperluan harian.

Actually, tadi aku pergi Giant. Baru je siap and launch pada tarikh tu, and of course banyaklah kan barang yang murah murah sebagai tanda pembuka.
Aku pergi bukan apa pun just nak tengok ape yang ada kat dalam tu seperti kedai kedai kat luar tu kan.
Tadi masuk aku macam "Haa~ oklah dari takde pape".. Haha~
Yang menarik kat dalam tu pun ape jer? Hurmm.. Ade Secret Resepi yang dah ade pun kat Jusco Equine Park. Aduhh... Subway yang akan dibuka nanti. Ini takpa! Tapi, aku mengharapkan ada Carl's Junior. Itulah bende yang aku paling gemarkan. Malangnya takde. Adehh~ Pastu ada Guardian Pharmacies. Then, part paling yang tak menyeronokkan adalah banyak sangat butik butik pakaian wanita. Hello!!! Untuk LELAKI TIADAKAH???
*Sigh

Then, pusing pusing. Masuk lah abang Giant kite tu ye. Ramai giler orang. Dah macam time Jusco launched dulu jer. Parking sampai ke luar jalan, taman taman perumahan. Kire mane yang boleh diparking akan diparking. Memang sesak gegiler arrr... Wuhh~
Dah lama tak rase macam ni kat pasaraya. Kalau kat Shopping Complex tu biasalah time time nak musim perayaan. Ini pasaraya? Haha~ Cam teruja pun ada.

Then, dah puas pusing pusing dan beli barang yang patut, chow lah..

T-Shirt - FCUK
Jacket - Zara Man
Pant - Cap Ayam

Owh! Abang Giant! Awak Memang Hensem

I Am A SuperBike' SalesMan

Wanna BuY 1? Its Not Too ExpEnsIve
Please?

Okie OkiE! I Sell Boat Too
Hey! Look At That Child At The Back. He's Too Cute Okie!


Pada masa hadapan akan naik pulak satu lagi pasaraya iaitu Tesco. Sumenye dekat dekat dengan rumah. Sayang sungguh mereka ni. Senang nak beli barang nanti. Haha~
I Really Hope that Negeri Selangor akan terus maju dan terus Gemilang dipersada Malaysia. Huhu~

~ Jaa ~

Thursday, October 21, 2010

~ EheM ~


Kini Semua Entry Sudah Di-Update Dengan Picca Picca Yang Ditangguhkan Dulu

~ Jaa ~

~ Semester Akhir Pulun Pulun SkiT ~

Okie!
Ape yang diceritakan ni takde kene mengena dengan final exam or cuti akhir sem or cuti bile dah abis Diploma yang memenatkan ni.
Apa yang aku nak ceritakan adalah "Semester Akhir Merupakan Masa Untuk Mencari Pasangan", "Berdua-Duaan".
Do u get it???
Haa~ Itulah yang terjadi dekat 4 orang lelaki yang sangat hampir dengan aku.
Aku tak boleh mention nama mereka. Sangat bahaya!!!

Yang peliknya, Semester ENAM (6) ni plak semua duk pakat nak cari and berpasang-pasangan. Adehh...
Berpakat kah??? Aku pun tidak tahu. Haha~
Maaf! Aku tidak berminat untuk join bersama dengan kamu orang semua. Aku belom ready lagi & aku belom berminat buat masa sekarang ini.

Okie! Berbalik kepada mereka ber4 ni.
Kisahnya bermula dengan seorang lelaki yang memang dikenali sebagai "Innocent Face". Haa! Anda tahukah siapa beliau? JengJengJeng.........
Beliau yang merupakan orang pertama yang official untuk menyatakan yang beliau sudah berdua-duaan pada awal semester yang lalu dengan cara mengupdate dekat FaceBook beliau.
Owh! Tahniah kepada anda setelah sekian lama anda membujang. Kini anda sudah mempunyai tanggungjawab untuk dilaksanakan. Hehe~

Kemudian kemaruk ini meledak pulak dekat seorang lagi member iaitu dikenali sebagai "The Kambing-Kambing Baru Kaler Biru". Owh! Unik sungguh nama beliau. Hehe~
Owh! Beliau orang yang kedua yang secara official. Untunglah awek kamu ada kereta. Sejak beliau ber-couple nih, asyiklah tidak melekat dirumah ye. Takpa. Asalkan kamu bahagia. Hehe~
Jangan marah ye Kambing-Kambing Baru Kaler Biru. Hee~

Kemudian tersebar pulak dekat seorang lagi jejaka yang tahu martial art. Tapi, yang ni die cuba untuk deny. Seboleh bolehnya. Haha~ Tapi, come on arrr.. Kite ni kan paling rapat. Gerak geri mesti diketahui jugak oleh kami. Haha~ Die ni pun sama gak, sejak akhir akhir beliau berdue tapi menafikannya seringlah tidak melekat jugak dekat rumah. Kadang kadang dari pagi sampai malam die takde dengan kami. Haha~
Awak memang hebat + stylo! Huhu~

Dan akhir sekali kepada sahabat yang bernama "PakCik Tahi Lalat". Owh! Beliau ini tidak boleh diceritakan lagi. Tapi, bagi sesiapa yang tahu tolong jangan sebarkan yang beliau sudah ye. Huhu~ Ini adalah amanat dari aku untuk kamu kamu semua.OK???!
Beliau ni masih lagi baru. Tapi masing masing sudah kenai antara satu sama lain agak lama sudah. Tetapi, pada masa itu die masih mahu kenai kenai dulu and ehem ehem.. Hahaha~ Cerita disekat sikit.
So, kini die kembali berdue selepas apa yang berlaku.
Tamat untuk cerita keEmpat Empat orang jejaka yang hebat ini.

Mereka Happy! Aku juga turut gembira dengan apa yang mereka hadapi kini.

Aku?? Oppsss! Maaf! Aku tiada perasaan untuk memasang masang lagi buat masa kini. Biar masa tentukan dan aku malas nak fikirkan. Mungkin aku kelihatan seperti mencari cari tetapi TIDAK Ok!
Aku rasa aku lebih senang dengan keadaan begini kerana aku masih Respect TerhadapNya!
Anda faham? Anda Dapat!

Keseorangan Yang Menggembirakan
Yahaha~

Gambar Last Mestilah Kene Besar Skit
Promote Diri Sendiri
Hahaha~


Sekian.

~ Jaa ~

~ Maaf! Saya Tidak MerokoK ~

Owh! Mungkin entry kali ni bende yang aku paling benci dalam hidup aku.
MAAF! SAYA TIDAK MEROKOK!

Sumber Akak Google Yang Kiut

Rokok merupakan bende yang aku rasa leh wat aku lemas, pening, selsema, batuk, demam, dan seangkatan dengannya bagi bende bende yang teruk sahaja.

Ni kisah masa aku dulu kecik kecik sampailah aku sekarang ni yang dah pun berumur 21Tahun 7Bulan 17Hari. Owh! Aku suka angka 7 disitu. Hehe~

Okie! Aku mengaku yang teramat masa aku range umur 8-9 year-old aku macam nak try try gak arr. Ni sebab pengaruh dari orang yang memang tua dari aku. Bukan oleh bapak, mama, abang mahupun kakak aku ye!
Ni oleh orang yang lebih tinggi pangkatnya dari keluarga aku. Aku tak mau sebut siapakah orangnya. Aku tak mau mengAibkan seseorang yang sudahpun tiada lagi dimuka bumi ini.

Tapi, bila aku semakin meningkat usia, aku diajar, diceramah dengan pelbagai cara supaya LANGSUNG tidak memegang sebatang rokokpun, sehingga sekarang aku tidak berani untuk memegang sebatang rokok. Dan itu berhasil!!!

Masa aku ditingkatan 1, pengaruh "rakan-rakan" budak budak kampung sangat kuat. Walaupun mereka sebaya aku, tetapi, mereka dah pandai merokok. Hello! Ko baru 13tahun okie! Mau Mati Awalkah??? Daaa~
Diorang ada jugak nak suap suap aku nak bagi rokok, I SAID NO!!! Go to the hell dude! Time tu aku takdelah speakingkan. Tak reti lagi nak berbahasa Englishhh ni. Tehee~

Bile semakin lama, rakan rakan semua memahami aku, diorang tiada lagi mau mengajak ajak aku untuk merokok. Sebab, diorang tau yang aku kuat dengan pegangan aku tu yang Aku Memang Tidak Merokok.

Itu cerita masa aku Sekolah Menengah Sungai Layar. Ni cerita masa aku di-transfer-kan ke Segamat plak. Ini lagilah. Sekeliling aku semuanya merokok. Sangat ramai. Bebudak kelas aku saja yang lelaki hampir 90% semuanya merokok. Wuhh! Boleh bayangkan tak??? Brapa kerat je yang tak merokok seperti aku ni???
Penah skali tu, time tu dahlah aku ni budak "baru" yang di-transfer. Adelah sorang budak nih kire serius bapak gengster arr skolah tu sampai tahap kes polis tawar aku rokok. Ntah macam mane ntah aku terterajang die dan aku cakap "sorry, aku tak merokok". Tapi, terajang aku tu bukanlah terajang yang mengakibatkan sakit or patah riukkan. Just orang kate terajang manje je. Nasiblah aku tak diapa apakan oleh mamat tu. Pastu, die blah macam tu jer. Time tu aku mane kenai pun sape yang gengster or baik kan. Just in my mind, everybody are same. Like us.

Bile makin lama aku kat skolah tu, semua budak budak or member aku ni semua memahami aku. Bile, mereka bersama aku, and ada yang nak bagi aku rokok, member member ni yang tolong backup kan aku. Kata "eyh! die tak merokok. Jangan bagi dah lepas ni". See??? Mereka memang bagus! Serius aku sayang mereka. Bile ade gangster gangster offer aku rokok, diorang jugak yang backup kan aku kate jangan ganggu lagi pe lah. Sangat bagus!

Kini aku sudah berusia 21Tahun. Seorang insan yang masih benci pada rokok, jika aku mahu sentuh rokokpun tangan aku mesti beralas. Nampak macam poyo tahap cipankan? Tapi itulah aku. Aku tidak akan sesekali mencemarkan jari jemari aku untuk memegang hanya sebatang rokok mahupun KOTAK ROKOK. Dari HANYA SEBATANG ROKOK BOLEH MEMUDARATKAN LAGI UNTUK BEBERAPA BATANG ROKOK. DARI BEBERAPA ITULAH AKAN MENJADI KETAGIH UNTUK MEROKOK. See??
Bagi aku, rokok tu umpama membakar duit jer. Kalau die kaya sekalipun, anak jutawan, hartawan, dermawan, tapi kalau merokok! Hello! Takde bezanyerlah dengan seorang yang pemboros yang tak tahu apa yang dibelanjakannya.

Penah satu blog ni aku baca mengenai remaja hisap rokok dengan seorang pakcik tua. Kisah die macam ni. Secara simple je lah ye.
"Ada seorang remaja sekolah yang baru habis skolah pada ptg tu. Diepun tunggulah bus kat perhentian. Sambil tunggu, die hisap rokok sebatang. Tengah sedap sedap feeling feeling hisap, datang seorang pakcik tua berbasikal dekat die. Pakcik ni pun tanyalah kenapa anak ni merokok? Kan lebih baik kalau anak ni simpan je duit dari beli rokok. Kalau sehari anak hisap sehari RM5, kalau sebulan dah RM150. Kalau setahun dan berapa? Kalau anak dah tamat belajar kat skolah ni dah berapa ribu dah anak boleh simpan. Anak dah boleh beli motor besar nanti. Lepas tu, remaja ni pun tanyalah PakCik ni, PakCik merokok tak? Pakcik ni pun jawablah TIDAK. Then, Remaja ni pun tanyalah PakCik ni, Habis tu? Kenapa pakcik ni tak pakai pakai pun lagi motor? Muka Pakcik tu pun merahlah tanda kemarahan. Pakcik tu pun sergahlah anak muda ni dengan "Ahh! Sudahlah. Malas Pakcik Nak layan. Pakcik tu pun pergilah dari situ dengan hati yang marah."
Begitulah al-kisahnya. hahahaa~

Sebab aku tidak merokok adalah banyak faktor. Pertama, Family aku. Second, Niat aku. Third, Pegangan aku. Fourth, Orang sekeliling aku. Disebabkan itu aku tidak akan sesekali menyemtuh rokok mahupun kotak rokok.
Tetapi, bagi mereka yang merokok, aku tidak akan mengata mahupun menyalahkan korang mahupun menyumpah nyumpah korang sume. Just, tolonglah tak perlu kot nak merokok. Tak nampak lagi macho pun dengan merokok. Tak nampak lagi kaya giler pun kalau merokok. Tak perlu kot nak kate yang merokok nih leh buat hilang tension. Banyak lagi cara ada dong.. Selamat diri sendiri dan jugak orang sekeliling. Tapi, kite tetap fren bagi yang memang kawan ye. Hehe~

Sumber Dari Akak Google Yang Comel

Oppss! Aku Tak Kata. Monyet Ni Yang Kata Okie.
Maksudnya, mereka hampir samakah???
Sumber Dari Akak Google Yang Manis

~ Jaa ~